July 2, 2009

Bursa ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 1 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, dengan minat belian pada saat-saat akhir memberi rangsangan kepada pasaran yang suram, kata peniaga.

Meskipun rangsangan besar diumumkan oleh kerajaan bagi mencergaskan pasaran modal, beberapa pengurus dana berehat sementara hari ini selepas menutup akaun masing-masing bagi suku kewangan berakhir 30 Jun.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) meningkat 4.16 mata atau 0.387 peratus untuk ditutup pada 1,079.40, digerakkan oleh keuntungan, sebahagian besarnya oleh Sime Darby dan Genting.

Indeks yang dibuka 0.11 mata lebih rendah pada 1,075.13, bergerak antara 1,071.38 dan 1,079.40 hari ini.

Indeks Perladangan susut 1.95 mata kepada 5,384.92, Indeks Kewangan menokok 8.9 mata kepada 8,564.62 dan Indeks Perusahaan menambah 19.53 mata kepada 2,371.39.

Indeks FBMEmas meningkat 15.82 mata kepada 7,222.65, Indeks FBM2BRD turun 13.23 mata kepada 4,741.28, Indeks FBM30 menambah 26.02 mata kepada 6,936.03 manakala Indeks
FBMMesdaq susut 65.46 mata kepada 4,030.84.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 388 berbanding 219, manakala 203 kaunter tidak berubah, 418 tidak diniagakan manakala 36 lagi digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 826.07 juta saham bernilai RM885.764 juta berbanding 1.288 bilion saham bernilai RM1.363 bilion pada penutup semalam.

Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 724.703 juta saham bernilai RM853.814 juta berbanding 1.133 bilion unit bernilai RM1.307 bilion pada penutup semalam. Jumlah dagangan di Papan kedua pula susut kepada 56.172 juta unit bernilai RM20.983 juta berbanding 96.568 juta saham bernilai RM42.908 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 25.998 saham bernilai RM4.852 juta berbanding 36.641 juta saham bernilai RM6.621 juta semalam. Sementara itu, waran berkurangan kepada 10.198 juta unit berbanding 15.753 juta unit bernilai RM3.155 juta semalam.

Antara kaunter aktif, KNM Group susut dua sen kepada 82 sen, Time Engineering tidak berubah pada 30.5 sen manakala UEM Land Holdings turun lapan sen kepada RM1.48.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 26.566 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 176.511 juta, pembinaan 43.342 juta, perdagangan/perkhidmatan 233.193 juta, teknologi 5.725 juta, infrastruktur 21.321 juta, kewangan 31.558 juta, hotel 2.579 juta, hartanah 168.345 juta, perladangan 14.767 juta, perlombongan tiada, REIT 774,900 manakala dana tertutup 23,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers