KUALA LUMPUR 12 Julai - Malaysia, yang diakui di peringkat antarabangsa sebagai negara yang berpengalaman luas dalam kewangan Islam, dalam kedudukan yang baik untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan berkaitan perbankan Islam di Eropah.
"Bidang berpotensi ini yang belum kita majukan dengan Eropah. Kita perlu berubah daripada berfikiran bahawa perbankan Islam hanya perlu di Timur Tengah atau di kalangan negara Arab, Islam sahaja," kata Duta Malaysia ke Brussels, Datuk Hussein Hanif.
"Ia perlu melangkauinya. Berikutan krisis kewangan baru-baru ini, negara-negara maju mengiktiraf perbankan Islam," kata Hussein kepada Bernama baru-baru ini.
Hussein berkata, Bank Negara Malaysia boleh memainkan peranan dengan mengadakan pertukaran lawatan dan perbincangan dengan rakan sejawatan di Eropah mengenai perbankan Islam.
Bank-bank Malaysia seperti Maybank dan CIMB, telah mempunyai wakil di London, katanya dan menambah bahawa bank-bank berkenaan boleh mengadakan kerjasama dengan bank di Eropah untuk memperluaskan perkhidmatan dalam perbankan Islam.
"Pelanggan untuk perbankan Islam tidak tertakluk kepada negara-negara Islam sahaja tetapi meluas ke seluruh Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Jauh," kata beliau.
Beliau berkata, perbankan Islam terus berkembang pada kadar yang pantas kerana ia berorientasikan nilai dan ini membolehkannya menarik dana daripada orang Islam dan bukan Islam.
Hari ini, lebih 250 institusi kewangan Islam beroperasi di seluruh dunia.
Terdapat lebih 14.74 juta orang Islam di Eropah, di mana 1.8 juta adalah penduduk di United Kingdom (UK), ditambah 72 juta di Turki.
July 13, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com