KUALA LUMPUR 12 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran ketat minggu depan berikutan ketiadaan petunjuk baru dan keraguan yang muncul semula akan pemulihan ekonomi global, kata para penganalisis.
Penganalisis teknikal SJ Securities Phua Kwee Hock berkata, tidak banyak berita dijangkakan pada bulan ini yang boleh merangsang pasaran tempatan.
"Pasaran dijangka berada dalam aliran penstabilan bulan ini," katanya.
Sementara itu, MIMB Investment dalam nota penyelidikannya berkata, terdapat banyak petunjuk teknikal untuk menyokong aliran menurun dalam jangka pendek.
Jumlah dagangan rendah dan hakikat bahawa pasaran berada dalam jajaran dagangan ketat sepanjang minggu, secara umumnya mengesahkan sentimen berhati-hati peniaga.
OSK Research dalam penilaiannya berkata, ia mengekalkan pandangan menurunnya bagi pasaran dalam jangka terdekat.
"Kita dijangka menyaksikan kegiatan jualan lebih agresif. Pasaran dijangka menyasar paras ketahanan segera pada 1,070 mata dan paras sokongan pada 1,057-1,064 mata," kata OSK.
Pasaran kebanyakannya rendah bagi minggu yang baru berakhir ini dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) baru mencatatkan dagangan sulung yang lemah pada hari Isnin.
Indeks itu terdiri daripada 30 syarikat tersenarai terbesar daripada segi nilai pasaran dengan sekurang-kurangnya 15 peratus apungan bebas. Bahagiannya juga merupakan penggerak utama pasaran dan mewakili kira-kira 60-70 peratus daripada permodalan pasaran Papan Utama.
Bursa Malaysia memperkenalkan piawaian indeks global FTSE untuk mendapatkan pengiktirafan segera dan memperlihatkan kredibilitinya di kalangan pelabur antarabangsa.
Penganalisis berkata, penggunaan FBM KLCI bagi jangka panjang akan mendorong syarikat meningkatkan prestasi mereka untuk menjadi antara 30 kaunter utama.
Bagaimanapun, mereka juga berhati-hati kerana penggunaan 30 kaunter berbanding 100 di bawah Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) mungkin membawa kepada keadaan tidak menentu kerana pergerakan harga dalam hanya satu atau dua kaunter wajaran akan memberi kesan kepada pasaran sama ada menurun ataupun menaik.
Sepanjang minggu ini, Bursa Malaysia juga menyaksikan penyenaraian asing pertamanya.
Pengeluar pakaian sukan kelima terbesar China, Xingquan International Sports Holdings Ltd, dibuka pada premium 12-sen bagi RM1.83 sesaham dalam dagangan sulungnya di Papan Utama Bursa Malaysia pada Jumaat.
Ia ditutup tujuh sen lebih tinggi pada RM1.78.
Xingquan menjangka mengumpul RM165 juta daripada tawaran awam permulaannya di mana 34 peratus akan digunakan bagi pengembangan syarikat termasuk membina kilang baharu bernilai RM132 jutan.
Bagi asas mingguan, FBM KLCI susut 5.53 mata untuk ditutup kepada 1,067.76 berbanding 1,072.69 pada minggu sebelumnya.
Indeks Kewangan naik 10.1 mata kepada 8,552.22, Indeks Perladangan turun 115.02 mata kepada 5,260.82 manakala Indeks Perusahaan berkurangan 3.13 mata kepada 2,372.38 dan FMBEmas jatuh 28.27 mata kepada 7,197.74.
FBM2BRD susut 15.58 mata kepada 4,709.49, FBMTOP 100 turun 7.55 mata kepada 7,007.81, FBM70 meningkat 90.95 kepada 7,121.64 dan FBMMDQ jatuh 109.58 mata kepada 3,866.73.
Jumlah dagangan mingguan turun kepada 3.396 bilion saham bernilai RM5.021 bilion daripada 4.996 bilion saham bernilai RM5.389 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 3.0 bilion saham bernilai RM4.9 bilion berbanding 4.421 bilion saham bernilai RM5.209 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 205.906 juta saham bernilai RM81.8 juta daripada 304.794 juta saham bernilai RM115.711 juta minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq jatuh kepada 112.37 juta unit bernilai RM18.622 juta berbanding 144.723 juta unit bernilai RM24.697 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan waran belian berkurangan kepada 60.278 juta unit bernilai RM10.046 juta daripada 69.152 juta unit bernilai RM12.177 juta minggu sebelumnya. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com