KUALA LUMPUR 7 Julai - Malaysia yang kaya dengan sumber alam semula jadi, menyebabkannya dianggap sebagai 'lubuk' kekayaan oleh syarikat-syarikat bioteknologi antarabangsa terutamanya dari Korea.
Negara itu mempunyai minda dan kepakaran yang baik dalam bioteknologi manakala Malaysia pula mempunyai sumber semulajadi yang kukuh.
Sebanyak 22 buah syarikat dari negara itu akan membuat pelaburan dalam bidang tersebut yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.
Malah, Malaysia juga dianggap mampu mencipta pasaran yang baik untuk syarikat-syarikat berkenaan bagi menembusi 10 buah negara sekitarnya yang dihuni 600 juta penduduk dengan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) terkumpul berjumlah AS$1.4 trilion (RM4.94 trilion).
Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, kini, syarikat-syarikat berkenaan boleh mengubah lokasi kilang dan aktiviti-aktiviti kajian dan penyelidikan (R&D) ke negara ini.
Katanya, syarikat-syarikat berkenaan boleh mengambil peluang terhadap kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah Asia selain terletak di antara pertumbuhan ekonomi rancak negara India dan China.
Selain itu, katanya, Malaysia juga merupakan negara Islam yang memberi kemudahan kepada syarikat-syarikat berkenaan untuk menembusi pasaran negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Jelasnya, OIC kini dianggotai sebanyak 57 buah negara.
''Malaysia kini berada di fasa kedua dasar bioteknologi negara iaitu pengukuhan sumber manusia dan sedang menuju ke fasa tiga iaitu pengkomersialan. Fasa satu merupakan tempoh kajian dan penyelidikan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian antara Institut Kajian Biosains dan Bioteknologi (KRIBB) dengan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Ultimate Biotech Sdn. Bhd.
Katanya, Malaysia dilihat terlalu pantas melangkaui sasaran bioteknologi yang sepatutnya berada pada fasa ketiga pada tahun 2011.
''Ini merupakan satu petanda yang baik apabila kita berada di landasan yang betul, malah lebih pantas daripada sasaran yang diberikan,'' ujarnya.
Fasa keempat merupakan fasa untuk perniagaan di peringkat global.
July 8, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com