KUALA LUMPUR 7 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini tetapi pembelian dalam saham berwajaran tinggi terpilih menolak naik Indeks FBM KLCI di dalam dagangan yang lesu, kata para peniaga.
FBM KLCI menokok 0.53 mata untuk ditutup kepada 1,066.36. Ia dibuka tidak berubah kepada 1,065.83.
Indeks Perladangan turun 7.29 mata kepada 5,329.02, Indeks Perusahaan meningkat 5.37 mata kepada 2,371.9, Indeks Kewangan turun 4.97 mata kepada 8,517.98 dan Indeks FBMEmas meningkat 15.12 mata kepada 7,172.25.
FBM Top 100 meningkat 12.8 mata kepada 6,988.39, FBM70 menokok 49.86 mata kepada 7,061.17, Indeks FBMMesdaq turun 38.77 mata kepada 3,887.98 dan Indeks FBM2BRD turun 3.61 mata kepada 4,673.09.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 281 kepada 241 manakala 218 kaunter tidak berubah, 489 kaunter tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 586.232 juta saham bernilai RM752.770 juta daripada 762.605 juta saham bernilai RM844.032 juta pada Isnin.
Saham UMW Holdings merosot 15 sen kepada RM5.85 selepas pengumuman bahawa kontrak RM602.78 jutanya, Naga 2, dari PCPP Operating Company Sdn Bhd telah ditamatkan. PCCP merupakan milik 40 peratus Petronas Carigali Sdn Bhd.
Antara saham aktif, Talam Corp-RCPS naik 0.5 sen 7.5 sen, KNM Group meningkat 1.0 sen kepada 76 sen, Talam Corp tidak berubah pada harga 8.5 sen, UEM Land melonjak 2.0 sen kepada RM1.39 dan Time Engineering meningkat 1.0 sen kepada 27.5 sen.
Jumlah dagangan Papan Utama turun kepada 515.227 juta saham bernilai RM731.892 juta daripada 670.424 juta saham bernilai RM820.998 juta pada Isnin. Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 29.378 juta unit bernilai RM10.343 juta daripada 56.940 juta unit bernilai RM16.560 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Mesdaq meningkat kepada 21.918 juta saham bernilai RM4.027 juta daripada 21.894 juta unit bernilai RM3.703 pada Isnin. Waran turun kepada 9.076 juta unit bernilai RM1.914 juta daripada 10.22 juta unit bernilai RM1.699 juta sebelum ini.
Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 16.605 juta saham diniagakan pada Papan Utama, produk perusahaan 88.277 juta, pembinaan 29.216 juta, dagang/perkhidmatan 186.789 juta, teknologi 3.554 juta, prasarana 18.866 juta, kewangan 29.063 juta, hotel 1.021 juta, hartanah 128.469 juta, perladangan 11.598 juta, perlombongan 5,000, REIT 2.237 juta dan dana tertutup 33,100. - Bernama
July 8, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com