PETALING JAYA 7 Julai – Di sebalik kegawatan ekonomi yang mana para pengiklan dicabar untuk memperoleh ganjaran setimpal, Kongres AdAsia 2009 akan menyokong perubahan untuk kestabilan jangka panjang.
Bertemakan ‘Redefining the Future’, kongres anjuran Persatuan Pengiklanan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengiklanan Persekutuan Asia (AFAA) bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari mulai 22 Oktober ini.
Pengerusi Penganjuran, Peter Das berkata, kemelesetan ekonomi adalah satu-satunya cabaran yang dihadapi oleh pengiklan untuk menjana pendapatan.
Berikutan keadaan ekonomi semasa, kemasukan media baru malah pengaruh daripada rangkaian sosial serta perkembangan berterusan platform digital yang lain telah memaksa kami menilai semula dan mengambil kira faktor industri dan tingkah laku pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada taklimat media mengenai AdAsia 2009, di sini hari ini.
Menurut Peter, pertumbuhan pengiklanan bagi rantau Asia Pasifik dijangka menjunam sebanyak 2.5 peratus pada tahun ini, iaitu paras terendah sejak 2002.
Beliau juga berkata, perbelanjaan pengiklanan (Adex) dijangka menurun sebanyak 3.2 peratus tahun ini berbanding 4.6 peratus yang disasarkan.
“Pertumbuhan yang perlahan tahun ini ekoran acara utama di seluruh dunia seperti tidak ada langsung bagi membantu memulihkan industri pengiklanan.
“Namun begitu, saya yakin pertumbuhan pengiklanan di negara ini mampu kekal seperti tahun lalu dan menjangka Adex turut meningkat pada suku keempat tahun ini,” ujarnya.
Beberapa pakar terkenal daripada industri pengiklanan akan hadir untuk membincangkan hala tuju industri berkenaan ketika krisis ekonomi, tambahnya sambil menyoal, adakah ia masih relevan kepada generasi masa depan?
“Jawapan adalah ya tetapi landskap media sedang mengalami perubahan drastik dan kami perlu dilengkapi dengan ‘alat-alat’ bagi menghadapi perubahan ini,” jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai AdAsia 2009, Peter menyasarkan seramai 1,000 delegasi dari seluruh dunia akan menyertai kongres tersebut.
AdAsia adalah pertemuan yang diadakan dua kali setahun untuk pemain-pemain industri pengiklanan di Asia, yang mana delegasi dari 16 buah negara AFAA termasuk Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Vietnam, Singapura, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia.
“AdAsia adalah platform membina rangkaian yang ideal untuk berkongsi idea, bertukar-tukar nota dan bekerjasama serta mewujudkan pakatan untuk mengembangkan perniagaan bersama-sama,” kata beliau.
July 8, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com