June 3, 2009

Pulih 12 bulan lagi

KUALA LUMPUR 2 Jun - Kajian ekonomi yang dijalankan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) mendapati ekonomi Malaysia dijangka pulih selewat-lewatnya 12 bulan dari sekarang.

Kajian itu dibuat berdasarkan soalan yang diajukan kepada syarikat-syarikat yang menjadi ahli MGCC di negara ini.

MGCC berkata, keputusan kajian itu mendapati 40 peratus maklum balas yang diterima adalah daripada sektor pembuatan manakala 40 peratus lagi adalah dari sektor perkhidmatan.
"Sebanyak 14 peratus lagi daripada syarikat adalah dari sektor komersial,'' kata kenyataan tersebut.

Kajian berkenaan yang dijalankan untuk kali pertama tahun ini, akan dilakukan sebanyak dua kali setahun untuk memahami sentimen pelbagai sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini.
Katanya, Malaysia tidak akan menerima kesan kegawatan ekonomi secara besar dan mendadak kerana terdapat jaminan dalam dasar perbankan dan fiskal selain boleh dipercayai.

MGCC berkata, impak ekonomi hanya berlaku dalam sektor yang berasaskan eksport.
Kajian itu juga mendapati terdapat perubahan dan pandangan masyarakat yang optimistik terhadap prospek perniagaan di negara ini.

"Kajian yang dijalankan MGCC menyokong penemuan yang memberangsangkan dalam ekonomi manakala banyak petunjuk lain menunjukkan ia masih di peringkat negatif,'' katanya lagi.
MGCC berkata, kajian yang dilakukan MGCC mendapati kebanyakan syarikat atau sebanyak 61.5 peratus menjangkakan akan menemui pemulihan ekonomi hanya selepas 12 bulan yang akan datang.

Manakala 30.8 peratus lagi berpendapat bahawa pemulihan ekonomi akan berlaku dalam tempoh 12 bulan.
"Sebanyak 7.7 peratus lagi mendapati krisis ekonomi akan pulih dalam tempoh enam bulan,'' ujar MGCC.

Dalam tempoh enam bulan sebelum kajian itu dijalankan MGCC, sebanyak 67.3 peratus syarikat mendapati aktiviti perniagaan masing-masing berterusan merudum manakala 26.9 peratus lagi mendapati ia tidak berubah.

Hampir 3.8 peratus lagi berpendapat syarikat masing-masing berterusan merekodkan peningkatan dalam aktiviti perniagaan berbanding enam bulan.

Jangkaan selepas enam bulan kajian pula mendapati sebanyak 44.2 peratus berpendapat syarikat masing-masing berterusan menyusut dalam perniagaan manakala 40.4 peratus mendapati ia tidak berubah.

Sementara 11.5 peratus lagi menjangkakan peningkatan aktiviti perniagaan am pada September depan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers