June 20, 2009

Nasib berbeza pembeli, ejen insurans 1 Julai

KUALA LUMPUR 19 Jun - Individu yang membeli insurans am secara terus daripada syarikat insurans layak untuk menerima rebat premium, berkuatkuasa 1 Julai ini.

Bagaimanapun, kira-kira 40,000 ejen insurans yang berdaftar akan menerima nasib yang berbeza apabila pendapatan yang diperoleh mereka dijangka berkurangan daripada pelaksanaan itu.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir berkata, pembeli insurans akan menerima rebat premium lima peratus pada tahun pertama dikuatkuasakan dan 10 peratus pada tahun-tahun berikutnya.

''Bagi para pembeli lain termasuk syarikat perniagaan, syarikat insurans diberikan kelonggaran dalam pemberian rebat. Pembelian secara terus meliputi kunjungan sendiri ke syarikat insurans, melalui internet, penghantaran terus melalui pos dan melalui saluran tele pemasaran.

''Walaupun terdapat saluran penjualan langsung, ejen insurans akan terus menjadi perantara untuk menyediakan perkhidmatan peribadi pemilik polisi dan juga perkhidmatan tambah nilai seperti nasihat berhubung produk insurans dan bantuan dalam urusan pengendalian tuntutan,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada taklimat mengenai rebat premium untuk pembelian insurans secara langsung daripada pengendali insurans di sini hari ini.

Pada tahun lalu, korporat dan individu membayar premium insurans motor sebanyak RM4.4 bilion dan daripada jumlah itu sebanyak 15 peratus melakukannya secara terus kepada syarikat insurans.

Insurans motor menjana kira-kira separuh daripada premium insurans am di negara ini manakala separuh lagi diperoleh daripada insurans am lain seperti insurans kebakaran dan insurans kemalangan diri.

Mohd Razif memberitahu, ejen insurans tidak akan pupus daripada pelaksanaan pemberian rebat itu kerana pengguna masih lagi memerlukan khidmat mereka.

Tambah beliau, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat ejen bagi produk insurans yang kompleks, canggih, dengan perkhidmatan tambah nilai lebih tinggi serta menyediakan peluang kepada ejen untuk memperluas perkhidmatan mereka termasuk khidmat nasihat kewangan.

''Ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan, sektor kewangan telah sejak beberapa tahun yang lalu menyediakan lebih banyak saluran penyampaian yang cekap kos,'' katanya.

Sehubungan itu, syarikat insurans telah menambah saluran pemasaran produk dan perkhidmatan mereka untuk memudahkan pengguna membuat pilihan terbaik sesuai dengan keperluan mereka.

Dengan berubahnya landskap sektor kewangan ekoran meningkatnya liberalisasi dan globalisasi, adalah penting bagi peserta industri kewangan memajukan lagi diri mereka agar terus kompetitif dalam persekitaran yang semakin mencabar ini, kata Mohd Razif.

Ditanya tentang kenaikan premium insurans motor yang tidak pernah dinaikkan sejak 1978, Mohd Razif memberitahu, perkara itu masih dalam pemerhatian dan belum ada kata putus dibuat mengenainya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers