June 5, 2009

Kerugian lebih buruk

KUALA LUMPUR 4 Jun - Industri penerbangan global bakal mengalami kerugian lebih teruk berdasarkan ramalan terbaru tahun ini yang akan diumumkan 8 Jun ini.
Kerugian itu diunjur berkurangan lebih besar berbanding kerugian sebanyak AS$4.7 bilion (RM16.45 bilion) yang dicatatkan pada Mac lalu dengan menurunnya permintaan yang menjejaskan jualan selari dengan kemelesetan sejagat.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Giovanni Bisignani berkata: ''Ekonomi tidak bergerak ke hadapan walaupun pasaran kewangan menyaksikan sedikit peningkatan kerana terdapat timbunan inventori dibiarkan."
Beliau berkata demikian selepas taklimat media sempena Mesyuarat Agung Tahunan IATA yang akan diadakan mulai 7 hingga 9 Jun, di sini hari ini.

Bisignani berkata, ramalan yang buruk dijangkakan walaupun permintaan kargo bertambah stabil kepada -21 peratus daripada -22 peratus.
"Kargo penting sebagai pengukur nyata untuk mengesan kemelesetan ekonomi kerana industri penerbangan mengendalikan 37 peratus jumlah kargo dari segi nilai," katanya.
Bagi empat bulan ini, kargo telah menurun 22.2 peratus di peringkat global dan 24.7 peratus di Asia.

Menurut Bisignani, industri penerbangan dianggap berada dalam 'unit rawatan rapi' ekoran kerugian sebanyak AS$3.3 bilion (RM11.55 bilion) pada suku pertama tahun ini dan akan menyaksikan kerugian yang lebih teruk.

"Industri masih berada dalam keadaan sukar kerana trafik premium juga belum menyaksikan peningkatan.
"Trafik premium mengalami kerugian 19 peratus di peringkat global manakala di Asia kerugiannya sebanyak 29.2 peratus," jelasnya.

Industri penerbangan yang kerugian sehingga AS$8.5 bilion (RM29.75 bilion) pada tahun lalu menyaksikan beberapa syarikat memberhentikan pekerja, mengurangkan laluan dan tidak dibenarkan terbang supaya dapat bertahan daripada kelembapan ekonomi global.
Menurut Bisignani, industri penerbangan belum menampak sebarang pemulihan manakala wabak seperti selesema babi telah memburukkan lagi keadaan.

"Kami menjangka industri ini akan mengambil tempoh melebihi tiga tahun untuk pulih kerana krisis kewangan ini adalah global dan menjejaskan industri di seluruh dunia," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menjangka wabak tersebut memberi kesan yang 'terhad' terhadap pengembaraan kerana Badan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi menetapkan sekatan.

"Wabak ini memang satu masalah besar tetapi ia memberi kesan pada tempoh dan ke atas pasaran 'terhad' serta tidak menimbulkan impak besar kerana hanya menjejaskan pasaran Mexico yang mewakili dua peratus daripada perolehan global yang mempunyai 49 juta penumpang," terangnya.

Tambahnya, harga minyak yang meningkat kembali turut menjejaskan industri penerbangan yang kini sangat lemah.
"Bahan api jet mewakili kos terbesar kebanyakan syarikat penerbangan juga menerima kesan daripada kenaikan harga minyak mentah yang meningkat sehingga AS$66 (RM231) setong setelah jatuh pada paras AS$32 (RM112) setong pada 19 Disember tahun lalu," katanya.

Bisignani menegaskan industri penerbangan tidak akan terkeluar dari kemelut kewangan global sehingga 2012.
"Adalah sukar untuk industri meraih untung dalam tempoh tiga tahun ini," katanya sambil menambah perolehan juga tidak menyaksikan terdapat peningkatan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers