July 6, 2009

Saham diniaga dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR 5 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia diramal menyaksikan dagangan dalam jajaran kecil minggu ini dengan para pelabur terus berhati-hati di celah-celah sentimen pasaran yang lembap.

Penggunaan pakai Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) berkuat kuasa Isnin dari Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) juga dijangka menyebabkan dagangan berada dalam julat yang kecil.

FBM KLCI mengandungi 30 syarikat tersenarai terbesar berdasarkan nilai pasaran, dengan sekurang-kurangnya 15 peratus apungan bebas.

Ia terdiri daripada penggerak pasaran utama dan mewakili 60 hingga 70 peratus daripada permodalan pasaran papan utama.

OSK Research Sdn. Bhd., dalam nota penyelidikannya berkata, kebanyakan pengurus dana lebih suka menanda aras dana mereka kepada FBM100 berbanding FBM KLCI yang baru memandangkan yang terdahulu lebih hampir kepada IKKL yang lama dari segi kepelbagaian.
Enam belas daripada 17 sektor semasa mewakili FBM100 kecuali untuk perkayuan.

"Memandangkan kebanyakan pelabur institusi akan ditanda aras kepada FBM100, kita akan lihat impak yang amat kurang ke atas saham komponen IKKL pada Isnin ini.

"Sepatutnya kita akan dapati tekanan jualan yang kurang di 70 saham IKKL yang tidak berjaya ke FBM KLCI kerana 45 daripada syarikat ini akan masih berada dalam FBM 100," kata syarikat penyelidikan itu.

Antara yang akan mendapat manfaat terbesar ialah Genting, YTL Power dan Parkson Holdings kerana saham-saham ini akan berada di dalam kedua-dua FBM KLCI dan FBM 100.
Enam saham teratas di FBM KLCI ialah Bumiputra-Commerce, Public Bank, Sime Darby, Maybank, Tenaga dan IOI Corporation, yang mana kesemuanya akan menyaksikan wajaran mereka meningkat dua peratusan mata atau lebih.

Sementara itu, seorang peniaga berkata, IKKL kemungkinan bergerak antara 1,040 dan 1,090 minggu ini.

Beliau berkata, meskipun dengan pengumuman liberalisasi seterusnya dalam pasaran modal pada hari Selasa, ia akan mengambil sedikit masa untuk peserta pasaran memberi tindak balas positif terutamanya dengan perubahan peralihan ke indeks baru.

Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, IKKL lega kepada 3.08 mata untuk ditutup pada 1,072.69 berbanding 1,075.77 penutup minggu lalu.

Indeks Kewangan lebih tinggi 18.95 mata kepada 8,542.12, Indeks Perladangan susut 20.16 mata kepada 5,375.84 sementara Indeks Perindustrian menokok 28.94 mata kepada 2,375.51.
Indeks FMBEmas turun 3.45 mata kepada 7,208.01, Indeks FBM2BRD lebih rendah 73.73 mata kepada 4,725.07, Indeks FBM30 meningkat 81.76 mata kepada 6,987.67 dan FBMMDQ berkurangan 140.66 mata kepada 3,976.31.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.996 bilion saham bernilai RM5.389 bilion daripada 6.655 bilion saham bernilai RM6.932 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 4.421 bilion saham bernilai RM5.209 bilion berbanding penutup Jumaat lepas iaitu 5.757 bilion saham bernilai RM6.686 bilion.

Jumlah dagangan di Papan Kedua lega kepada 304.794 juta saham bernilai RM115.711 juta daripada 475.424 juta saham bernilai RM168.85 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 144.723 juta unit bernilai RM24.697 juta berbanding 280.855 juta saham bernilai RM49.336 juta sebelumnya.

Jumlah waran pula berkurangan kepada 69.152 juta bernilai RM12.177 juta daripada 111.811 juta bernilai RM16.843 juta sebelumnya.
- BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers