July 7, 2009

Rudd puji reformasi ekonomi

PUTRAJAYA 6 Julai - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd memuji langkah Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan reformasi ekonomi sebaik memegang jawatan Perdana Menteri, April lalu.

Rudd berkata, reformasi ekonomi itu merupakan keputusan penting yang mampu meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih strategik.

''Saya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia kerana berjaya mengaturkan program reformasi ekonomi untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia," katanya pada sidang akhbar bersama Najib di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rudd mengajak Malaysia untuk bekerjasama bagi menghadapi keadaan ekonomi semasa yang amat mencabar.

''Saya dan Najib telah berbincang tentang keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini yang telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, Australia dan negara-negara lain.
''Ia penting untuk semua pihak bekerjasama bagi mengurangkan implikasi kemelesetan ekonomi kepada ekonomi, rakyat dan masa depan kita," katanya.

Sementara itu, Rudd melahirkan penghargaan terhadap Malaysia kerana menjayakan kerjasama dengan Australia untuk melatih 30 guru dari Afghanistan.

Katanya, kerjasama tersebut dapat membantu menyediakan masa depan yang lebih baik kepada Afghanistan khususnya dalam bidang pendidikan.

Seramai 30 guru dari Afghanistan dipilih menjalani latihan perguruan selama tiga bulan di Malaysia mulai 29 Jun lalu untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang agama dan bahasa Inggeris.

Guru terbabit dilatih di Institut Perguruan Malaysia, Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur di bawah program Projek Pendidikan Malaysia-Australia Bagi Afghanistan (MAEPA).

Program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Australia dan Afghanistan itu merupakan satu usaha membangunkan sistem pendidikan di Afghanistan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers