KUALA LUMPUR 6 Julai - Usah terkejut jika anda melihat seorang pengawai kanan yang anda kenali di syarikat milik kerajaan (GLC) ditugaskan dengan agensi atau kementerian kerajaan.
Perkara ini akan menjadi satu senario biasa apabila program pertukaran tugasan antara kerajaan dan GLC bermula pada suku ketiga tahun ini.
Program beralih tugasan merupakan antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan juga keberkesanan operasi antara sektor awam dengan swasta.
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar, Perdana Menteri sebelum ini telah membuat pengumuman untuk meluaskan program tersebut melebihi mandat asal termasuk antara GLC dan sektor kerajaan.
''Kami sedang memperinci beberapa perkara, tetapi biarlah kerajaan yang mengumumkannya. Bagi pihak kami mempunyai sistem platform yang baik setakat ini.
''Program ini memberi manfaat kepada semua oleh itu ia tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada GLC sahaja dan perlu dikembangkan,'' katanya selepas majlis pelancaran program pertukaran tugasan bersilang GLC di sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Azman berkata, untuk melaksanakan program tersebut di peringkat kerajaan beberapa isu perlu disemak terlebih dahulu seperti masalah pangkat bagi jawatan kanan kerajaan, kadar gaji dan berapa lama berkhidmat dengan kerajaan.
''Cadangan pertukaran bakat itu, dijangka dapat mengukuhkan kemampuan dan kebolehan bagi sektor awam dan sektor swasta dalam negara,'' katanya.
Selain itu, Azman berkata, program pertukaran bersilang GLC yang dilancarkan pada hari ini merupakan inisiatif transformasi GLC di bawah Buku Jingga: Mengukuhkan Pembangunan Kepimpinan, dengan memberikan pendedahan dan peluang kepada pekerja GLC.
''Di bawah program tersebut, peserta daripada GLC akan ditukar dengan peserta GLC lain atas dasar pinjaman selama 12 bulan dengan pilihan untuk diteruskan kepada 12 bulan lagi (1+1 tahun).
''Selepas tamat tempoh itu, peserta boleh pulang semula ke syarikat asal mereka dan dijangka menggunakan pengalaman dan pengetahuan untuk kebaikan syarikat mereka,'' jelasnya.
Program tersebut dilaksanakan di bawah Sekretariat Jawatankuasa Putrajaya terhadap Prestasi GLC (PCG) yang ditubuhkan di bawah Khazanah.
Tiga objektif utama program tersebut, untuk membina peneraju perniagaan GLC yang lebih tinggi, membangun generasi pemimpin baru dan membolehkan peralihan pengetahuan dan kepakaran antara GLC.
Program tersebut bermula dengan skim permulaan pada Jun 2008 yang bermula dengan 15 pekerja dari 10 GLC, manakala kumpulan kedua menyaksikan peserta yang lebih banyak dengan 35 peserta dari 18 GLC.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com