July 8, 2009

Bank Dunia keluarkan pembiayaan RM31 bilion

BANGKOK 7 Julai - Kumpulan Bank Dunia memberikan respons segera terhadap kesan krisis kewangan global ke atas rantau Asia Timur dan Pasifik dengan mengeluarkan pinjaman pembangunan lebih AS$9 bilion (RM31.5 bilion) sejak setahun lepas.

Dalam satu laporan Selasa, bank itu berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara jumlah pembiayaan berbanding setahun sebelum itu.

Laporan itu turut menunjukkan bahawa ia juga telah meningkatkan bantuan teknikal untuk membantu kerajaan di rantau berkenaan bagi menangani kesan sosial dan ekonomi yang berpunca dari krisis itu.

Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD) Kumpulan Bank Dunia, yang menyediakan pembiayaan, produk pengurusan risiko dan perkhidmatan kewangan yang lain kepada negara berpendapatan pertengahan, telah meningkatkan bantuannya kepada ASS$6.9 bilion (RM24.15 bilion) atau meningkat $2.7 bilion (RM9.45 bilion) berbanding setahun sebelum itu.

Persatuan Pembangunan Antarabanga (IDA) yang menyediakan kredit tanpa kadar faedah dan geran kepada negara berpendapatan paling rendah, menyediakan sokongan AS$1.2 bilion (RM4.2 bilion) pada tahun fiskal 2009 yang berakhir 30 Jun2009.

Sebagai penyedia terbesar pembiayaan pelbagai hala bagi sektor swasta di dunia membangun, cabang sektor swasta Bank Dunia, Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) turut meningkatkan sokonganya untuk membantu merangsang pemulihan sektor swasta.

IFC menjana AS$1.1 bilion (RM3.85 bilion) perniagaan baru di dalam 45 projek, tujuh daripadanya terletak di negara dan rantau yang menerima kesan bersengketa manakala satu daripada lima projek mempunyai komponen perubahan iklim.

Walaupun pertumbuhan di Asia Timur dan Pasifik masih berada pada tahap yang baik berbanding dengan rantau lain, golongan miskin dan rapuh menerima kesan buruk krisis ekonomi global itu, kata Naib Presiden Rantau Asia Timur dan Pasifik Kumpulan Bank Dunia James W. Adams.

Di rantau itu sahaja, lebih 10 juta penduduk yang sepatutnya terkeluar dari kemiskinan, dijangka terus kekal di bawah garis kemiskinan, katanya.

"Kami telah menyesuaikan strategi serantau dan meningkatkan sumber bagi rantau itu untuk membantu negara mengharungi krisis ekonomi dan memastikan program keutamaan kekal pada landasannya. Ini termasuk pelaburan dalam infrastruktur, pendidikan, kesihatan, pertanian dan jaringan keselamatan sosial," katanya.

Bank Dunia berkata, banyak negara di rantau ini telah mulai mengalami pemulihan daripada krisis makanan dan bahan api yang berlaku pada 2008 semasa krisis kewangan global melanda.
Kumpulan itu memberi respons dengan meningkatkan sokongannya - dalam bentuk pinjaman, geran, pelaburan ekuiti dan jaminan - untuk membantu negara dan syarikat sektor swasta menguruskan kesan kemusnahan oleh kemelesetan kewangan global. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers