May 16, 2009

Jualan pegangan Bursa ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 15 Mei - Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini apabila para pelabur terus menjual pegangan saham masing-masing sebelum bercuti hujung minggu, kata para peniaga.

Mereka berkata kaunter kewangan dan perladangan yang mencatatkan keuntungan turut menyekat kerugian hari ini, yang memastikan indeks utama kekal untung sepanjang hari ini.
Sehingga jam 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditutup meningkat 2.22 mata kepada 1,014.21. Ia dibuka naik 5.43 mata kepada 1,017.42 pada pagi ini.
Sehingga ditutup hari ini, Indeks Kewangan meningkat 34.81 mata kepada 8,030.02, Indeks Perusahaan menokok 2.25 mata kepada 2,245.21 dan Indeks Perladangan menokok 11.05 mata kepada 5,091.31.

Indeks FBMEmas meningkat 6.08 mata kepada 6,764.00, FBM30 naik 39.12 mata kepada 6,492.14, tetapi FBM2BRD turun 128.79 mata kepada 4,526.424 dan FBM-MDQ merosot 91.32 mata kepada 3,994.05.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 580 kepada 169 manakala 169 kaunter tidak berubah, 317 tidak diniagakan dan 32 digantung.

Perolehan merosot kepada 2.066 bilion saham bernilai RM1.697 bilion daripada 2.692 bilion saham bernilai RM1.894 bilion pada Khamis.

Di kalangan kaunter aktif, KNM turun 5.0 sen kepada 76.5 sen, TA-WB dan Talam turun 2.0 sen setiap satu masing-masing kepada 4.0 sen dan 10.5 sen Iris turun 1.5 sen kepada 19.5 sen.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 1.674 bilion saham bernilai RM1.605 bilion daripada 2.058 bilion saham bernilai RM1.749 bilion semalam. Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 147.732 juta unit bernilai RM49.680 juta berbanding dengan 224.720 juta unit bernilai RM76.474 juta sebelum ini.

Dagangan di Papan Mesdaq merosot kepada 202.046 juta saham bernilai RM35.628 juta daripada 369.693 juta saham bernilai RM61.822 juta Khamis. Waran, bagaimana pun meningkat kepada 24.195 juta unit bernilai RM4.360 juta daripada 20.793 juta unit bernilai RM3.637 juta.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 54.068 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 379.098 juta, pembinaan 111.344 juta, dagang/perkhidmatan 519.421 juta, teknologi 39.986 juta, prasarana 36.403 juta, kewangan 199.399 juta, hotel 10.901 juta, hartanah 292.596 juta, perladangan 27.693 juta, perlombongan 192,800, REIT 3.138 juta, dan dana tertutup 73,800.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers