May 28, 2009

EKONOMI Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam apabila sentimen belian yang muncul di awal dagangan menjadi lemah dan kejatuhan di kaunter berwajaran tinggi menyeret turun Indeks Komposit ke lingkungan negatif.

Saham mewah seperti Tanjong, PPB Group, Top Glove dan MISC-01 menerajui senarai saham rugi. Saham Sime Darby dan Maybank juga turun. Pada akhir dagangan, penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menentang arah aliran indeks serantau dengan penyusutan 3.95 mata dan merosot ke paras terendah dalam dagangan seharian semalam pada 1,047.68.

Pasaran dibuka 6.3 mata lebih tinggi pada 1,057.93. Indeks Perladangan susut 11.54 mata kepada 5,400.09, Indeks Perusahaan turun 24.79 mata kepada 2,280.77, Indeks Kewangan jatuh 32.7 mata kepada 8,162.64 dan Indeks FBMEmas merosot 17.19 mata kepada 7,012.32.

Indeks FBM30 berkurangan 34.17 mata kepada 6,693.29 dan Indeks FBM2BRD jatuh 12.43 mata kepada 4,569.71 tetapi Indeks FBMMesdaq naik 26.8 mata kepada 4,072.05.

untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 311 berbanding 296, manakala 243 kaunter tidak berubah, 385 tidak diniagakan dan 36 digantung urus niaga. Jumlah dagangan mengecil kepada 1.443 bilion saham bernilai RM1.421 bilion daripada 1.593 bilion saham bernilai RM1.516 bilion kelmarin.

Antara saham yang mencatatkan penurunan paling besar, Tanjong dan PPB Group susut 30 sen, masing-masing kepada RM13.70 dan RM10.80, manakala Top Glove dan MISC-01 (Asing) turun 25 sen setiap satu, kepada RM5.80 dan RM8.25.

Kaunter yang menyaksikan jumlah dagangan terbesar, Compugate Holdings susut setengah sen kepada 10 sen, Sino Hua-An menambah 6.5 sen kepada 47.5 sen, KNM dan SAAG menokok setengah sen, masing-masing kepada 81 sen dan 34 sen, manakala E&O turun 4.5 sen kepada 81.5 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 10 sen kepada RM6.75, Maybank susut lima sen kepada RM5.20, Tenaga Nasional kekal kepada RM7.65, Bumiputra-Commerce merosot lima sen kepada RM8.75 dan Genting jatuh lima sen kepada RM5.45.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 1.229 bilion saham bernilai RM1.341 bilion daripada 1.319 bilion saham bernilai RM1.423 bilion kelmarin. Di Papan Kedua, jumlah dagangan mengecil kepada 72.551 juta unit bernilai RM29.759 juta daripada 141.138 juta unit bernilai RM63.054 juta.

Pasaran Mesdaq mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 74.821 juta saham bernilai RM27.502 juta daripada 62.546 juta saham bernilai RM12.483 juta. Waran susut kepada 34.993 juta unit bernilai RM5.505 juta daripada 52.399 juta unit bernilai RM9.147 juta sebelumnya.

Sektor barangan pengguna menguasai 39.383 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 262.577 juta, pembinaan 110.978 juta, perdagangan/perkhidmatan 506.630 juta, teknologi 10.970 juta, prasarana 18.065 juta, kewangan 99.75 juta, hotel 4.297 juta, harta 156.004 juta, perladangan 19.302 juta, perlombongan 15,000, REIT 1.73 juta dan dana tertutup 48,700. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers