May 24, 2009

Bandar Datuk Onn janjikan prospek cerah

Oleh Johan Afandijohan@bharian.com.my

PEMAJU hartanah, Johor Land Bhd (JLand), yakin pembangunan hartanah terbesarnya dalam Iskandar Malaysia iaitu Bandar Datuk Onn seluas lebih 605 hektar dengan nilai pelaburan lebih RM2.8 bilion akan menjadi projek kediaman serta perniagaan terunggul di wilayah pembangunan ekonomi berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata apabila pembangunan Bandar Datuk Onn siap sepenuhnya dalam tempoh antara 10 hingga 15 tahun, ia akan mempunyai nilai pasaran kira-kira RM4 bilion. Katanya, projek hartanah berkenaan yang dimulakan tiga tahun lalu, mencatatkan jualan memberangsangkan sekitar 61 peratus sehingga ini.

Beliau berkata, syarikat turut menjangkakan pemindahan Ibu Pejabat JCorp dari pusat bandar raya Johor Bahru ke kawasan berkenaan akan terus meningkatkan nilainya. "Pembinaan Ibu Pejabat JCorp yang dianggarkan bernilai RM18 juta dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, dan ia akan dapat menempatkan kira-kira 300 kakitangan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan ke-34 JLand di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di Johor Bahru, semalam.

Muhammad Ali berkata, tahun ini syarikat melancarkan Kejiranan 14 dianggarkan bernilai RM147 juta dan Kejiranan 11 yang mengandungi 642 unit kediaman bernilai RM164 juta.

Selain Bandar Datuk Onn, dua lagi projek hartanah yang sedang dilaksanakan JLand di Johor, adalah Bandar Tiram dan Taman Bukit Dahlia, katanya. Beliau berkata, walaupun pasaran hartanah semakin tidak menentu berikutan keadaan ekonomi global, syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan 118.91 peratus kepada RM138.69 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers