May 28, 2009

Ekonomi menguncup

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ekonomi Malaysia menguncup lebih teruk berbanding unjuran sebelumnya apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2009 berada di paras -6.2 berbanding 7.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu berikutan krisis semasa ekonomi dunia terus berlarutan.

Ini adalah penguncupan KDNK terburuk sejak suku keempat 1998 apabila ekonomi Malaysia terjerumus dalam kemelesetan ketika krisis kewangan Asia. KDNK pada waktu itu adalah -8.1 peratus

Keadaan semasa ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan negara berdepan dengan kemelesetan yang teruk.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi negara dijangka mencatatkan penguncupan yang hampir sama pada suku kedua nanti.
''Kita kian hampir dengan suku kedua 2009, kita hampir melengkapkan suku kedua.

''Daripada apa yang dilihat eksport sektor dan permintaan bagi eksport masih lemah dan persekitaran ekonomi juga dalam keadaan mencabar.

''Meskipun ada tanda-tanda pemulihan tetapi prestasi suku kedua nanti dijangka sama dengan suku pertama ini,'' katanya pada sidang akhbar ketika mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama 2009 di Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia akan memperlihatkan pemulihan yang ketara pada suku ketiga dan mencatatkan pertumbuhan positif menjelang suku keempat hasil pelaksanaan pelan rangsangan ekonomi dan rangsangan kewangan kepada sektor swasta yang dilaksanakan oleh bank pusat itu.

Bagaimanapun, ia (prestasi kewangan) masih bergantung kepada faktor luaran dan domestik.
Beliau berkata, krisis ekonomi global itu telah menyebabkan kemerosotan ketara dalam permintaan ekoran kemelesetan ekonomi yang teruk di negara-negara maju.

Ditanya sama ada BNM sudah menjangkakan penguncupan ekonomi pada suku ini, Dr Zeti berkata: ''Sebab itulah ketika mesyuarat Jawatankuasa Monetari pada Julai 2008, BNM membuat keputusan tidak menaikkan kadar faedah''.

Jelas beliau, keputusan berkenaan diambil selepas mengambil kira jangkaan berlaku kemerosotan pertumbuhan ekonomi akibat krisis ekonomi.

''Cuma krisis ekonomi global yang berlaku terlalu panjang daripada jangkaan sehingga berlaku penurunan permintaan global, sekali gus menjejaskan ekonomi domestik,'' tambah beliau.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas kemungkinan ekonomi Malaysia terus menguncup sepanjang tahun ini dengan mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan semakan semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) esok,'' katanya.

Pada pengumuman itu, Gabenor BNM berkata, penguncupan ekonomi Malaysia turut disumbangkan oleh penurunan besar dalam inventori khususnya dalam sektor pembuatan dan komoditi.

Pelaburan tetap juga menyusut ekoran sentimen perniagaan yang lemah namun perbelanjaan awam telah menyokong pertumbuhan.

Kecuali sektor pembinaan, semua sektor ekonomi juga terjejas dengan sektor pembuatan mencatatkan penurunan besar sebanyak 17.6 peratus khususnya dalam industri berorientasikan eksport sebanyak 23.1 peratus dengan industri elektrik dan elektronik (E&E) menjunam sebanyak 41.1 peratus.

Pertumbuhan sektor perkhidmatan juga mendatar kerana ia berkaitan dengan sektor pembuatan.

Sektor pembinaan pula mencatatkan pertumbuhan positif dengan 0.6 peratus disumbangkan oleh peningkatan pembinaan pejabat dan kediaman mewah.
Dalam sektor luaran, lebihan perdagangan kekal besar pada RM32.7 bilion disebabkan penguncupan import lebih besar daripada eksport.

Penurunan import kasar yang lebih besar iaitu -28.9 peratus ekoran kejatuhan eksport perkilangan dan diikuti oleh pelarasan inventori serta aktiviti pelaburan yang lebih lemah.
Aliran masuk kasar pelaburan langsung asing juga mencatatkan kadar sederhana kepada RM6.4 bilion pada suku pertama, mencerminkan aliran masuk modal ekuiti dan pengambilan pinjaman antara syarikat yang lebih rendah.

Pelaburan luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia mencatat aliran keluar bersih juga rendah sebanyak RM3 bilion.

Bagaimanapun, sektor perbankan terus berdaya tahan, disokong permodalan yang kukuh dan kualiti kredit yang stabil.

''Meskipun keuntungan menjadi sederhana disebabkan oleh keadaan ekonomi, kedudukan kewangan sistem perbankan terus teguh dan disokong oleh mudah tunai yang mencukupi.
''Sistem perbankan berada pada kedudukan yang baik untuk terus memenuhi keperluan pembiayaan ekonomi,'' katanya.

Pada akhir bulan Mac 2009, nisbah modal wajaran risiko (RWCR) bertambah kukuh kepada 13.4 peratus manakala nisbah modal teras (CCR) meningkat 0.9 mata kepada 11.5 peratus.
Nisbah modal yang kukuh adalah hasil daripada usaha memperoleh modal oleh sebilangan institusi perbankan untuk meningkatkan kedudukan modal masing-masing. Sementara itu, modal berlebihan ialah sebanyak RM44.6 bilion.

Keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.8 bilion pada suku pertama 2009 serta pulangan aset dan ekuiti purata berasaskan kadar tahunan masing-masing pada 1.7 peratus dan 19.9 peratus.

Dr. Zeti berkata, kadar inflasi pada tahun ini pula dijangka pada purata 1.5 peratus dan dua peratus.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers