May 19, 2009

Pembetulan teknikal dagangan Bursa jatuh

KUALA LUMPUR 18 Mei - Kebanyakan saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah hari ini ekoran pembetulan teknikal berikutan kenaikan minggu lepas, kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) menyaksikan penutupan 2.2 mata lebih rendah pada 1,012.1, setelah dibuka pada 1,007.95 pagi tadi.
Mereka berkata penurunan di kaunter-kaunter berwajaran tinggi, khususnya kaunter-kaunter perbankan, membelenggu indeks utama itu dalam lingkungan negatif sepanjang hari ini.
Pada akhir dagangan hari ini Indeks Kewangan turun 74.0 mata kepada 7,956.02, Indeks Perusahaan naik 12.05 mata kepada 2,257.26 dan Indeks Perladangan susut 49.8 mata kepada 5,041.51.

FBMEmas jatuh 35.02 mata kepada 6,728.98, FBM30 turun 22.03 mata kepada 6,553.12, FBM2BRD susut 55.77 mata kepada 4,470.65 dan FBM-MDQ merosot 74.53 mata kepada 3,919.52.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 512 berbanding 151 manakala 182 kaunter tidak berubah, 415 tidak diniagakan dan 57 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 1.697 bilion saham bernilai RM1.319 bilion daripada 2.066 bilion saham bernilai RM1.697 bilion Jumaat lepas.

Antara saham cergas, KNM turun 2.5 sen kepada 74 sen, TA-WB naik tiga sen kepada tujuh sen, SAAG jatuh sesen kepada 33.5 sen, Talam susut setengah sen kepada 10 sen dan Scomi luak tiga sen kepada 64.5 sen.

Di Papan Utama jumlah dagangan susut kepada 1.48 bilion saham bernilai RM1.263 bilion daripada 1.674 bilion saham bernilai RM1.605 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di Papan Kedua berkurangan kepada 83.136 juta unit bernilai RM29.787 juta berbanding 147.732 juta unit bernilai RM49.680 juta sebelumnya.

Pasaran Mesdaq mencatatkan penurunan jumlah dagangan kepada 102.163 juta saham bernilai RM19.744 juta daripada 202.046 juta saham bernilai RM35.628 juta. Waran juga susut kepada 20.81 juta unit bernilai RM3.705 juta daripada 24.195 unit bernilai RM4.360 juta.

Sektor barangan pengguna menyumbang 49.706 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 393.715 juta, pembinaan 69.297 juta, perdagangan/perkhidmatan 447.374 juta, teknologi 23.01 juta, prasarana 33.324 juta, kewangan 198.549 juta, hotel 9.278 juta, harta 235.548 juta, perladangan 18.592 juta, perlombongan 3,500, REIT 2.15 juta, dan dana tertutup 91,800. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers