May 24, 2009

Ringgit terus kukuh

KUALA LUMPUR 22 Mei - Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini berikutan berikutan permintaan lebih tinggi untuk mendapatkan mata wang tempatan itu apabila para pelabur mengambil kesempatan dari dolar yang lebih rendah di pasaran global, kata peniaga.

Ringgit ditutup lebih tinggi kepada 3.4900/4950 berbanding dolar AS yang dicatatkan 3.5310/5360 semalam.

Kenaikan ringgit itu turut disokong pasaran saham tempatan yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Semasa ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) meningkat 9.70 mata kepada 1,045.26 hari ini.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang asing utama yang lain.
Berbanding dengan dolar Singapura, ia dicatatkan lebih kukuh kepada 2.4112/4168 daripada 2.4207/4263 pada Khamis. Ia dicatatkan lebih berbanding dengan yen kepada 3.7072/7130 daripada 3.7278/7355 semalam.

Ringgit dicatatkan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8686/8769 daripada 4.8590/8670 pada Khamis dan lebih rendah berbanding pound British kepada 5.5173/5259 daripada 5.4872/4971 sebelum ini. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers