RHB Bank Bhd memperoleh pinjaman berjumlah AS$100 juta (RM351 juta) daripada Japan Bank for International Cooperation (JBIC) untuk disalurkan sebagai pinjaman kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini khususnya yang terbabit dalam sektor tenaga, elektrik dan elektronik serta automotif.
Ia adalah antara langkah tindak balas kerajaan Jepun yang dibuat menerusi JBIC untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara Asia khususnya Malaysia dalam mengharungi kegawatan ekonomi global seperti yang diumumkan kerajaan negara itu Mac lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank, Micheal Barret, berkata selain menyokong PKS yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara, penyaluran dana itu bertujuan membantu menggalakkan aktiviti komersial di Malaysia.
“Proses permohonan dan penilaian bagi mendapatkan pinjaman itu sebenarnya sudah bermula dan dijangka akan diagihkan sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian pinjaman itu di Kuala Lumpur semalam.
Pada majlis itu, Barret mewakili RHB Bank, manakala JBIC oleh Pengarah Eksekutifnya, Fumio Hoshi. Ia disaksikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie serta Pengerusi RHB Bank, Datuk Azlan Zainol. Barrett berkata, perjanjian pinjaman itu adalah yang ketiga diberikan JBIC kepada RHB Bank.
Sementara itu, Ahmad Husni pada sidang media selepas majlis itu berkata, model ekonomi baru yang bertujuan memastikan negara mencatatkan pertumbuhan tinggi pada masa depan akan diperkenalkan kerajaan pada separuh kedua tahun ini.
“Kerajaan berbincang mengenai model ekonomi baru itu, tetapi tarikh pengumuman belum ditetapkan. Yang pasti, ia akan dilancarkan tahun ini,” katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 Mei lalu mengumumkan, model ekonomi baru berteraskan peningkatan inovasi dan produktiviti pekerja akan diperkenalkan bagi menganjak kedudukan ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.
Susulan itu, Najib kelmarin mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) bagi menasihati kerajaan merangka model ekonomi baru itu.
Ahmad Husni berkata, walaupun unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini telah disemak semula kepada antara negatif empat peratus hingga negatif lima peratus, namun kerajaan belum bercadang memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi ketiga.
May 29, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com