KUALA LUMPUR 18 Mei - Malaysia dijangka mengalami pemulihan ekonomi yang kecil pada separuh kedua tahun ini sejajar dengan kestabilan sistem kewangan global, kata Pengerusi Asian World Summit, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
Katanya, selain itu, kesan terhadap pelaksanaan dua pelan rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan baru-baru ini turut menjadi faktor pemulihan ekonomi negara.
''Namun di sebalik keyakinan tersebut, negara dijangka mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku pertama dan kedua tahun ini.
''Ini ekoran indeks pengeluaran industri yang berada pada paras satu sehingga negatif satu untuk tahun ini dan jumlah eksport yang menurun sejak beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan Ekonomi Asian 2009 di sini hari ini.
Tambah Megat Najmuddin, walaupun keadaan ekonomi negara masih tidak menentu, terdapat tanda positif terhadap sentimen pengguna dan aktiviti pembuatan sejak kebelakangan ini.
''Kita dapat menyaksikan kenaikan pasaran saham di rantau ini terutama bagi saham berkaitan kewangan, komoditi dan minyak. Sekiranya trend ini dapat dikekalkan keadaan ekonomi rantau ini akan bertambah baik," jelasnya.
Sementara itu, rantau Asia berjaya menangani krisis ekonomi global lebih baik dengan India dan China mendahului proses tersebut.
Megat Najmuddin berkata, dengan peningkatan jumlah penduduk berpendapatan pertengahan, sumber yang masih belum diterokai serta peluang pelaburan dan perdagangan akan mempercepatkan proses itu.
''Oleh itu, model ekonomi Asia perlu berubah bagi mengurangkan penggantungan terhadap eksport dalam usaha Asia menjadi peneraju ekonomi dunia," katanya.
Kerajaan dan sektor swasta di rantau ini, perlu bersama dalam membangunkan dan memulihkan keadaan ekonomi semasa serta memesatkan pertumbuhan ekonomi serantau, katanya.
May 19, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com