May 20, 2009

Pertumbuhan produktiviti negara diunjur 1.2 peratus

KERAJAAN mengunjurkan kadar pertumbuhan produktiviti antara satu hingga 1.2 peratus tahun ini, menurun sedikit daripada 2.9 peratus tahun lalu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mustapa Mohamed, berkata ia berdasarkan kepada unjuran pertumbuhan ekonomi antara -1.0 hingga 1.0 peratus bagi tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, kadar pertumbuhan produktiviti itu akan disemak jika kadar pertumbuhan ekonomi disemak semula.

"Kadar produktiviti berkait terus dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Jika KDNK disemak semula, kadar pertumbuhan produktiviti juga akan disemak semula," katanya kepada media selepas melancarkan Laporan Produktiviti 2008 yang diterbitkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Anugerah Produktiviti 2008 di Kuala Lumpur, semalam.

Tahun lalu, Malaysia mencatatkan pertumbuhan produktiviti pada kadar 2.9 peratus kepada RM49,526 sejajar dengan pertumbuhan KDNK negara pada kadar 4.6 peratus. Pertumbuhan itu disumbangkan perbelanjaan domestik yang mantap disokong oleh pendekatan proak-tif kerajaan bagi merang-sang ekonomi selain pelaksanaan langkah rasionalisasi kos serta produktiviti oleh industri.

Pada 2007, Malaysia mencatatkan pertumbuhan produktiviti pada kadar 4.2 peratus iaitu pencapaian tertinggi sejak 2001. Terdahulu, dalam ucapannya, Mustapa berkata, kadar pertumbuhan produktiviti yang dicatatkan negara tahun lalu adalah lebih tinggi berbanding sesetengah negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Katanya, ia termasuk Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan pertumbuhan produktiviti 2.1 peratus; Jepun (0.8 peratus); Australia (0.4 peratus) dan Finland serta Jerman (0.1 peratus). Di kalangan negara Asia pula, kadar produktiviti negara mengatasi yang dicatatkan Thailand, Hong Kong, Taiwan dan Singapura, katanya.

Namun, Mustapa menegaskan, Malaysia perlu meningkatkan lagi usaha untuk melonjakkan produktiviti menerusi penggunaan teknologi canggih, inovasi dan keupayaan yang lebih tinggi serta pewujudan nilai lebih tinggi melalui peningkatan penyelidikan dan pembangunan.

Mengenai Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP) yang merangkumi semua faktor yang meningkatkan kecekapan, Mustapa berkata dalam tempoh 2004-2008 ia berkembang 2.1 peratus dengan menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti sebanyak 3.7 peratus dan pertumbuhan KDNK 6.0 peratus. "Dengan prestasi itu, ekonomi berada pada landasan tepat mencapai sasaran pertumbuhan TFP 2.2 peratus menjelang 2010 dan 2.6 peratus menjelang 2020," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers