May 29, 2009

Pertumbuhan ekonomi negara diunjur -5 peratus

KERAJAAN menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini daripada antara negatif satu peratus dan satu peratus, kepada antara negatif empat peratus dan negatif lima peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, semakan semula itu dibuat berikutan persekitaran ekonomi dunia yang jauh lebih buruk daripada yang dijangkakan sebelum ini, sekali gus memberikan kesan kepada kegiatan ekonomi dalam negara.

Bagaimanapun, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kerajaan akan terus berusaha mengurangkan kesan kelembapan ekonomi dunia itu kepada ekonomi negara dengan memastikan pelaksanaan projek di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini memberikan kesan positif.

“Ketika ini sudah ada tanda-tanda awal pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi itu mula menunjukkan kesan positif. Disokong harga komoditi serta pasaran saham yang semakin meningkat, diharapkan ekonomi negara akan beransur pulih menjelang akhir tahun ini.

“Kita berharap keadaan akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini dan ekonomi akan menyaksikan pertumbuhan positif pada suku keempat,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Bank Negara kelmarin mengumumkan ekonomi Malaysia menguncup 6.2 peratus pada suku pertama tahun ini berikutan kemerosotan ketara eksport produk perkilangan dan komoditi akibat kemelesetan meruncing di negara maju, tetapi prospek bagi pemulihan kelihatan cerah pada separuh kedua.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan akan terus berusaha memantapkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara dengan melaksanakan lima langkah, iaitu memastikan peruntukan kerajaan dibelanjakan mengikut jadual dan mengutamakan ‘nilai untuk wang’, memperhebatkan liberalisasi, meningkatkan pembangunan modal insan, meluas dan memudahkan lagi akses kepada sumber kewangan serta memantapkan sistem penyampaian kerajaan.

Pada masa sama, katanya, semua menteri diarahkan memantau setiap projek di bawah kementerian masing-masing dan menyelesaikan segala isu yang berkaitan pelaksanaan dalam mesyuarat pasca Kabinet setiap minggu.

“Kita akan buat apa saja untuk meminimumkan kesan kelembapan ekonomi yang sebab utamanya adalah daripada faktor luar yang memberi kesan kepada keadaan dalaman,” katanya. Najib menjelaskan, semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu juga adalah sejajar dengan langkah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang turut menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini daripada 0.5 peratus kepada negatif 1.3 peratus pada April lalu, iaitu semakan ketiga sejak November 2008.

Katanya, unjuran perdagangan antarabangsa juga disemak kepada paras lebih rendah iaitu daripada pertumbuhan 2.1 peratus kepada penguncupan 11 peratus. Beliau berkata, eksport yang merudum kira-kira 25 peratus dan penurunan kadar pelaburan swasta sehingga 26 peratus termasuk pelaburan langsung asing (FDI) menjadi penyumbang utama kelembapan ekonomi negara.

Mengenai pengangguran, Perdana Menteri berkata, kadarnya masih terkawal, iaitu pada empat peratus dan bilangan mereka yang diberhentikan kerja kini semakin berkurangan. Beliau turut menegaskan bahawa kecairan dalam sistem perbankan di negara ini adalah kukuh dengan kadar pertumbuhan pinjaman sebanyak 10 peratus.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers