KUALA LUMPUR 15 Mei - Danajamin Nasional Bhd. (Danajamin), hari ini berkata, keutamaan insurans jaminan kewangan akan diberikan kepada pelaburan baru atau projek yang mempunyai kesan berganda.
Terbitan yang diinsuranskan oleh Danajamin akan diberikan penarafan AAA, adalah melibatkan terbitan hutang swasta dan sekuriti Islam,'' kata Danajamin dalam kenyataannya di sini.
Katanya, perlindungan insurans akan disediakan bagi sekuriti yang diterbitkan oleh syarikat gred pelaburan ditakrif sebagai ditaraf 'BBB' atau lebih tinggi oleh agensi penarafan Malaysia.
Danajamin berkata, penerbit akan membayar premium kepada Danajamin dan harga premium akan berdasarkan kepada penarafan kredit yang ada padanya (stand alone) dan risiko setiap terbitan masing-masing.
''Bagi terbitan dengan penarafan kredit yang tertinggi, ia akan menikmati premium yang rendah dan begitu sebaliknya,
''Premium yang ditawarkan oleh Danajamin adalah berdaya saing dengan tebaran kredit yang lazim dalam pasaran dan akan memudah cara untuk menyediakan modal jangka panjang penerbitnya,'' kata Danajamin.
Syarikat itu berkata, langkah itu bertujuan menyokong penerbit yang mempamerkan rekod prestasi kukuh tadbir urus korporat dan pengurusan risiko yang baik.
Katanya, terbitan yang layak bagi diinsuranskan oleh Danajamin hendaklah diterbitkan oleh rakyat Malaysia dalam mata wang ringgit dan digunakan hanya untuk pelaburan dalam negara sahaja.
May 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com