May 27, 2009

Liberalisasi: Hanya sektor mampu jana pelaburan

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan akan hanya meliberalisasi sektor-sektor ekonomi yang berupaya menjana pelaburan berkualiti kepada negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, aspek itu menjadi keutamaan selaras dengan model ekonomi baru yang sedang dibentuk oleh kerajaan.

''Kualiti menjadi teras kepada model ekonomi baru kerana kerajaan mahu pastikan negara menerima pelaburan berkualiti dalam sektor-sektor yang dibuka untuk tujuan tersebut,'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Inisiatif Pembangunan Siswazah Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Setakat ini kerajaan telah membuka pasaran bagi sektor kewangan dan 27 subsektor perkhidmatan.

Ditanya sama ada terdapat sektor baru yang akan dibuka untuk kemasukan pelabur-pelabur asing pada masa depan, Ahmad Husni berkata: ''Pada masa ini tidak ada.''

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa kerajaan akan membuka lagi pasaran yang ada kerana Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem global dan perlu bersepadu dengan sistem tersebut.

''(Tetapi) ia memerlukan masa dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,'' katanya.
Terdahulu ketika berucap merasmikan program anjuran SC, Ahmad Husni berkata, Malaysia perlu bersedia untuk menjadi sebuah negara yang berasaskan perkhidmatan yang mana pasaran modal menjadi sebahagian daripada apa yang ditawarkan.

Beliau berkata, dengan ramalan prospek cerah dalam industri tersebut, negara perlu memiliki profesional yang berkemahiran dan pengetahuan tinggi untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam landskap pasaran modal serantau.

Menurut beliau, Malaysia hanya memiliki 25 peratus golongan profesional yang disasarkan berbanding 49 peratus di Singapura dan 36 peratus di Korea Selatan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers