Oleh Kamarulzaidi Kamis dan Magendran Gopalbhbiz@bharian.com.my
Negara atasi Thailand jual 118,681 unit pada suku pertama MALAYSIA mengambil alih semula kedudukan sebagai pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara daripada Thailand dengan mencatat jualan 118,681 unit pada suku pertama tahun ini di sebalik kegawatan ekonomi global. Thailand yang telah menerajui jumlah pengeluaran kenderaan penumpang dan komersial di rantau ini sejak 2003 kini berada di tempat kedua dengan jualan 107,774 unit.
Ia diikuti Indonesia dengan jualan 99,754 unit, Filipina (28,564 unit), Singapura (24,151 unit), Vietnam (21,839 unit) dan Brunei (3,045 unit). Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad, berkata walaupun industri automotif negara dijangkakan menguncup 12.4 peratus tahun ini, ia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jualan keseluruhan negara Asean yang diunjurkan menguncup 18 peratus.
"Dalam tempoh suku pertama tahun ini, Malaysia mencatat penguncupan jualan sembilan peratus. Bagaimanapun ia adalah lebih baik berbanding penguncupan 23 peratus bagi seluruh Asean," katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Aishah berkata, kegawatan ekonomi global jelas memberi kesan negatif kepada industri automotif global dengan penguncupan sembilan peratus tahun lalu dan diunjurkan menguncup 13 peratus tahun ini. Katanya, permintaan bagi kenderaan baru di peringkat global dijangka berada pada paras terendah dalam tempoh hampir 30 tahun tahun ini.
Beliau berkata, di Amerika Syarikat (AS) jumlah jualan kenderaan baru susut 9.32 juta unit bulan lalu, sementara di Jepun, Eropah dan Korea pula diramal menguncup antara 25 peratus hingga 30 peratus tahun ini.
"Dari segi teori, permintaan kenderaan adalah bersifat kitaran. Lazimnya, permintaan pasaran automotif Asean akan susut mendadak setiap tujuh hingga 10 tahun dan kali terakhir Malaysia mengalami penguncupan permintaan adalah pada 1997 susulan Krisis Kewangan Asia," katanya.
Bagi pasaran tempatan, Aishah berkata, sudah wujud beberapa petunjuk mengenai peningkatan semula keyakinan di kalangan pengguna khususnya selepas pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion dan pengenalan beberapa model baru.
May 27, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com