May 29, 2009

Saham berwajaran tinggi rugi

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan kerugian dicatatkan kebanyakannya oleh saham berwajaran tinggi memandangkan pasaran terus terjejas oleh tinjauan ekonomi yang lembap.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 6.44 mata kepada 1,041.24, selepas dibuka rendah 4.57 mata pada 1,043.11. KLCI mencecah paras rendah seharian 1,037.09, turun 10.59 mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, yang ekonomi negara akan menguncup antara -4.0 dan -5.0 peratus tahun ini.

Indeks Perladangan berkurangan 68.0 mata kepada 5,332.09, Indeks Perindustrian naik 6.69 mata kepada 2,287.46, Indeks Kewangan susut 68.98 mata kepada 8,093.66 dan Indeks FBMEmas merosot 58.45 mata kepada 6,953.87.

Indeks FBM30 lebih rendah 44.92 mata kepada 6,648.37, Indeks FBMMesdaq turun 20.34 mata kepada 4,051.71 dan Indeks FBM2BRD merosot 22.45 mata kepada 4,547.26. Saham rugi mengatasi untung dengan 473 berbalas 168 kaunter, sementara 192 kaunter tidak berubah, 405 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menguncup kepada 1.076 bilion saham bernilai RM1.029 bilion daripada 1.443 bilion saham bernilai RM1.421 bilion sebelumnya. KL Kepong menerajui senarai yang mencatatkan kerugian, susut 40 sen kepada RM11.50, sementara Tanjong merosot 20 sen kepada RM13.50 dan Public Bank turun 15 sen kepada RM8.60.

Peneraju bagi penyumbang jumlah dagangan, Compugates lebih rendah setengah sen kepada 9.5 sen, Sino Hua-An melorot 1.5 sen kepada 46 sen, RCE-Cap naik tiga sen kepada 56 sen dan SAAG merosot 1.5 sen kepada 32.5 sen Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby kekal pada RM6.75, Maybank, Tenaga Nasional dan Bumiputra-Commerce, masing-masing merosot lima sen kepada RM5.15, RM7.60 dan RM8.70, sementara Axiata turun 10 sen kepada RM2.32.

Jumlah dagangan di Papan Utama lega kepada 930.160 juta saham bernilai RM981.930 juta daripada 1.229 bilion saham bernilai RM1.341 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 55.972 juta unit bernilai RM29.759 juta daripada 21.167 juta unit bernilai RM29.759 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 48.341 juta saham bernilai RM13.294 juta daripada 74.821 juta saham bernilai RM27.502 juta kelmarin. Waran pula turun kepada 21.7 juta unit bernilai RM33.586 juta daripada 34.993 juta unit bernilai RM5.505 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 33.397 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 177.474 juta, pembinaan 64.867 juta, urus niaga/perkhidmatan 438.777 juta, teknologi 14.365 juta, infrastruktur 13.845 juta, kewangan 67.265 juta, perhotelan 3.097 juta, hartanah 99.918 juta, perladangan 14.768 juta, perlombongan 2,000, REITs 2.241 juta dan dana tertutup 140,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers