KUALA LUMPUR 19 Mei - Penubuhan Danajamin dijangka dapat membantu pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha mendapatkan dana, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Katanya, antara isu yang menjadi masalah kepada PKS adalah untuk mendapatkan dana dan dengan Danajamin masalah tersebut akan dapat diatasi.
''Penubuhan Danajamin akan membolehkan lebih banyak syarikat PKS mempunyai akses kepada pembiayaan.
''Kita menjangkakan langkah ini merupakan sebahagian besar komponen penting dalam pakej rangsangan kedua untuk membantu memulihkan sektor PKS dengan memberikan pembiayaan kepada mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan Produktiviti 2008 dan Anugerah Produktiviti 2008 di sini hari ini.
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan Danajamin dalam membantu pertumbuhan industri.
Jumaat lalu, Danajamin Nasional Bhd. (Danajamin), sebuah syarikat jaminan kewangan ditubuhkan dan mula beroperasi untuk meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat mendapat pembiayaan mereka dalam pasaran bon.
Penubuhan Danajamin memperlihatkan komitmen kerajaan untuk memastikan syarikat-syarikat yang berdaya maju perniagaan dan juga pelaburan mempunyai akses mendapat pembiayaan yang diperlukan mereka.
Perdana Menteri dalam pengumumannya sebelum ini berkata, Danajamin dimiliki oleh kerajaan dan mempunyai modal berbayar awal sebanyak RM1 bilion dan akan ditambah kepada RM2 bilion mengikut keperluan semasa.
Dengan mempunyai modal berbayar awal sebanyak RM1 bilion, Danajamin dijangka berupaya menaja jamin bon sehingga RM15 bilion.
Danajamin adalah syarikat insurans berlesen yang ditubuhkan mengikut Akta Insurans 1996 dan tertakluk kepada pengawalseliaan Bank Negara Malaysia, sekali gus membolehkannya menjalankan perniagaan insurans jaminan kewangan.
Pengurusan Danajamin akan melapor terus kepada sebuah Lembaga Pengarah bebas yang dianggotai oleh para profesional yang berpengalaman luas dalam sektor kewangan.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com