May 21, 2009

Malaysia ke-18 paling berdaya saing di dunia

MALAYSIA meningkatkan kedudukannya dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia daripada tempat ke-19 tahun lalu kepada ke-18 tahun ini. Di kalangan negara Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-enam di belakang Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand dan Jepun, manakala di kalangan negara Asean pula di tempat kedua.

Mengikut ‘World Competitiveness Yearbook 2009’ yang dikeluarkan Institute for Management Development (IMD), sebuah institusi pengajian perniagaan utama global berpangkalan di Switzerland, bagi negara yang mempunyai pendapatan per kapita kurang AS$20,000, Malaysia paling berdaya saing di kalangan 29 negara yang disenaraikan dalam kategori itu.

Di kalangan negara dengan penduduk lebih 20 juta pula, Malaysia di tempat ke-enam di belakang Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jerman dan Jepun. Buku tahunan yang disediakan oleh IMD itu menyenaraikan penarafan negara mengikut indeks daya saing mereka dengan mengambil kira empat faktor, iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Indeks daya saing Malaysia meningkat kepada 77.162 tahun ini berbanding 73.199 tahun lalu, iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan, menggambarkan persekitaran daya saing Malaysia yang pesat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mustapa Mohamed, dalam taklimat media mengenai laporan terbaru IMD itu berkata, pencapaian amat memberangsangkan itu hasil kerjasama sektor awam yang menyediakan infrastruktur mencukupi dan sektor swasta yang menjadi pemangkin pembangunan ekonomi.

“Sektor awam menerusi pelaksanaan polisi proaktif berjaya mempelbagaikan asas ekonomi, menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan meningkatkan jumlah eksport barangan. “Pada masa sama sektor swasta turut menyumbang kepada peningkatan tahap daya saing ekonomi negara yang boleh dilihat menerusi faktor kecekapan perniagaan, yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-13 berbanding ke-14 sebelum ini,” katanya sambil menegaskan, kejayaan itu juga dicapai dalam persekitaran kos sara hidup yang stabil dan kadar tukaran asing yang kukuh.

Mustapa berkata, bagi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam senarai daya saing global di tengah-tengah iklim ekonomi dunia yang mencabar, tiga perkara perlu diberikan tumpuan.

Katanya, perkara itu ialah meningkatkan daya inovasi dan kreativiti, memperbaiki sistem penyampaian di antara sektor awam dan swasta serta meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan. Sementara itu, Mustapa berkata, Miti menerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan menyiapkan kajian menggunakan model IMD bagi menilai daya saing semua negeri menjelang akhir tahun depan.

“Kajian pada peringkat dalam negara itu turut membabitkan empat faktor utama bagi menilai daya saing sesebuah negeri,” katanya. Mustapa menambah, MPC mula melaksanakan kajian itu sejak lima tahun lalu dan setakat ini telah mengkaji daya saing enam negeri iaitu Selangor, Johor, Kedah, Terengganu, Sabah dan Wilayah Persekutuan

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers