KUALA LUMPUR 29 Mei - Malaysia dijangka mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.5 peratus pada tahun depan jika pertumbuhan sektor pembuatan tinggi dan berterusan pada separuh kedua tahun ini.
Pakar Ekonomi OCBC Ltd., Selena Ling (gambar) berkata, pertumbuhan positif itu mungkin dapat dilihat pada separuh kedua tahun ini apabila pakej rangsangan ekonomi kedua mula memberi kesan.
Menurutnya, terdapat beberapa petanda menunjukkan tanda pemulihan dan kestabilan dalam ekonomi global.
"Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, kestabilan dalam pertumbuhan akan kekal lemah sepanjang tahun ini dan bertambah sederhana, bergerak ke tahun depan," katanya selepas memberi taklimat mengenai seminar ekonomi dan perbendaharaan OCBC Bank di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ling menjangka KDNK Malaysia menguncup 4.8 peratus pada tahun ini setelah mengambil kira perangkaan KDNK bagi suku pertama yang diumumkan baru-baru ini.
"Ekonomi Malaysia masih akan menguncup bergerak ke depan tetapi tidak seteruk berbanding negara-negara jiran yang lain," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia memerlukan pakej rangsangan ketiga seperti yang dilaksanakan oleh negara lain, beliau berkata, kalau pertumbuhan menurun pada suku kedua tahun ini atau suku ketiga, terdapat berkemungkinan pakej itu diperkembangkan.
Sementara itu, Ketua Penyelidik OCBC Investment Research Private Ltd., Carmen Lee berkata, momentum dalam pasaran ekuiti masih kukuh terutamanya saham komoditi, pembinaan dan infrastruktur serta teknologi.
"Momentum itu berikutan harga minyak mentah semasa antara AS$60 hingga AS$80 setong (RM210 hingga RM280) yang mana sektor lain dan peserta yang berkaitan industri minyak akan mendapat manfaat," ujarnya.
May 30, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com