WABAK Influenza A (H1N1) tidak akan memberikan kesan ketara kepada pasaran saham tempatan kerana pelabur umumnya yakin Kerajaan Malaysia menangani wabak itu daripada menular berdasarkan pengalaman membendung selesema burung (H5N1) pada 2002.
Ketua Penganalisis Kenanga Investment Bank Bhd, Yeonzon Yeow, berkata pelabur ketika ini lebih optimis dan memandang lebih jauh ke depan khususnya berhubung pemulihan ekonomi berbanding berita mengenai dua kes jangkitan H1N1 di negara ini.
"Wabak H1N1 tidak akan memberi kesan ke atas pasaran saham tempatan seperti yang berlaku ketika penularan wabak Sindrom Masalah Pernafasan Teruk (SARS).
"Kerajaan Asia khususnya Malaysia kini lebih berpengalaman dalam menangani kes sebegitu. Sentimen pelabur ketika ini adalah lebih bertumpu kepada jangkaan pertumbuhan ekonomi yang positif khususnya menjelang hujung tahun ini," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan K & N Kenanga Holdings Bhd di Kuala Lumpur semalam.
Ketika penularan wabak SARS pada 2002, Indeks Komposit Kuala Lumpur jatuh lebih 180 mata dalam tempoh enam bulan, dari paras tertinggi tahunan 816.94 mata pada 24 April 2002 kepada 636.22 mata pada 10 Disember 2002.
Bagaimanapun, dalam kes H1N1, indeks penanda aras bursa saham tempatan itu kekal kukuh.
KLCI semalam kekal di atas paras 1,000 mata apabila ditutup pada 1,023.49 mata, peningkatan 11.48 mata di sebalik laporan rasmi mengenai dua jangkitan telah dikesan di negara ini.
Yeonzon berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula unjuran KLCI bagi tahun ini iaitu pada paras 1,128 mata susulan prospek kukuh pasaran tempatan. Katanya, di sebalik laporan kes terbaru itu, jumlah urus niaga di pasaran saham tempatan kekal kukuh dengan penyertaan menyeluruh pelabur institusi tempatan, asing serta pelabur runcit.
"Lazimnya, Mei dan Jun adalah tempoh lembap bagi pasaran saham, tetapi ia ia agak berbeza tahun ini khususnya bagi Malaysia kerana pasaran tempatan kekal aktif.
"Selain jangkaan pemulihan ekonomi global, ia juga disebabkan peralihan kuasa yang berjalan lancar daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak," katanya. Pada masa sama, katanya, pelabur juga menyaksikan pelbagai perubahan dari segi pembentukan dan pelaksanaan dasar yang dijangka memberi manfaat kepada pasaran dan ekonomi negara.
Keyakinan pelabur juga kembali meningkat dengan pelaksanaan projek yang diumumkan di bawah dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion. "Ia adalah mencukupi bagi menampung penguncupan eksport dan menyokong perkembangan ekonomi," katanya.
Bagaimanapun, Yeozon berkata, dalam jangka terdekat ini beliau menjangka pasaran akan mengalami fasa pembetulan iaitu penurunan sehingga ke paras 980 mata. Katanya, pembetulan itu adalah susulan kenaikan tinggi secara mendadak KLCI dari bawah paras 850 mata sehingga melepasi paras 1,000 mata dalam tempoh kurang dua bulan.
Katanya, fasa pembetulan itu juga akan membuka peluang bagi pengurus dana yang ketinggalan dalam fasa peningkatan baru-baru ini untuk memasuki pasaran.
May 20, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com