May 27, 2009

Sentimen pasaran terganggu

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam di tengah-tengah kerugian, terutama di kaunter perladangan serta aktiviti pengambilan untung ke atas saham berwajaran tinggi selepas mengaut keuntungan besar baru-baru ini.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 1.51 mata kepada 1,051.63 selepas dibuka 0.47 mata lebih tinggi pada 1,053.61.

"Kemerosotan harga minyak sawit mentah seolah-olah mengganggu sentimen pasaran hari ini (semalam). Ia turut menjejaskan sektor minyak dan gas," kata Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew.

Ada juga beberapa risiko memandangkan dolar AS kembali kukuh, yang kebiasaannya akan memberikan tekanan kepada harga komoditi, kata beliau. Dolar mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama di pasaran.

"Ada juga kegiatan pengambilan untung di pasaran hari ini," kata Pong. Indeks Perladangan merosot 63.77 mata kepada 5,411.63, Indeks Perindustrian susut 2.04 mata kepada 2,305.56, Indeks Kewangan naik 23.61 mata kepada 8,195.34 dan Indeks FBMEmas lebih rendah 13.13 mata kepada 7,029.51.

Indeks FBM30 pula berkurangan 24.07 mata kepada 6,727.46, Indeks FBMMesdaq melorot 22.05 mata kepada 4,045.25 dan FBM2BRD pula 21.78 mata lebih rendah pada 4,582.14. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 409 berbalas 268 kaunter, sementara 203 kaunter tidak berubah, 356 tidak diniagakan dan 35 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.593 bilion saham bernilai RM1.516 bilion daripada 2.016 bilion saham bernilai RM1.696 bilion kelmarin. Kaunter perladangan ialah antara saham yang rugi hari ini dengan KL Kepong turun 30 sen kepada RM11.70 dan Batu Kawan merosot 15 sen kepada RM8.75.

Saham Sime Darby susut 10 sen kepada RM6.85 selepas ia mengumumkan untung yang lebih rendah untuk suku ketiga ekoran prestasi lemah di bahagian perladangan. Bank Negara Malaysia dijangka mengumumkan angka pertumbuhan KDNK suku pertama hari ini.

TM turut menyaksikan harga sahamnya merosot 12 sen kepada RM3.80, selepas meraih keuntungan besar kelmarin ekoran laporan yang ia akan bergabung dengan lapan syarikat lain untuk membina sistem kabel dasar laut antarabangsa sepanjang 8,000 km.

Genting merosot lima sen kepada RM5.50 kerana aktiviti pengambilan untung. kelmarin, minat terhadap saham Genting didorong oleh laporan yang mengatakan kumpulan Genting mungkin salah satu pihak yang turut meninjau kepentingan 50 peratus MGM Mirage Ltd dalam MGM Grand Macau.

OSK Investment Research berkata spekulasi turut muncul menyatakan yang MGM mungkin menjual kepentingannya dalam MGM Grand Macau, dipegang di bawah MGM Grand Paradise. TNB, yang menjadi perhatian sepanjang sesi urus niaga kelmarin turut mengalami kegiatan pengambilan untung.

Harga sahamnya menguncup 10 sen kepada RM7.65. Peneraju dalam jumlah dagangan, TA Warrants, KNM dan SAAG, masing-masing susut satu sen kepada 1.5 sen, 80.5 sen dan 33.5 sen sementara Mulpha dan Scomi turun setengah sen kepada 53 sen dan 69 sen dan Zelan menokok satu sen kepada RM1.01.

Di kalangan yang berwajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM5.25, IOI Corp susut lapan sen kepada RM4.68, Bumiputra-Commerce mengecil lima sen kepada RM8.80, MISC naik 15 sen kepada RM8.55 dan Axiata susut tiga sen kepada RM2.42.

Jumlah dagangan di Papan Utama lebih rendah kepada 1.319 bilion saham berjumlah RM1.423 bilion daripada 1.648 bilion saham bernilai RM1.591 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 141.138 juta unit bernilai RM63.054 juta daripada 127.08 juta unit bernilai RM62.06 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq merosot kepada 62.546 juta saham bernilai RM12.483 juta daripada 154.616 juta saham bernilai RM28.913 juta kelmarin. Waran pula merosot kepada 52.399 juta unit bernilai RM9.147 juta daripada 82.903 juta unit bernilai RM12.710 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 42.912 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 241.241 juta, pembinaan 167.258 juta, urus niaga/perkhidmatan 457.965 juta, teknologi 16.513 juta, infrastruktur 21.644 juta, kewangan 148.634 juta, perhotelan 8.131 juta, hartanah 190.657 juta, perladangan 21.686 juta, perlombongan 181,900, REITs 2.322 juta dan dana tertutup 45,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers