May 23, 2009

Rizab antarabangsa BNM RM321b

KUALA LUMPUR 22 Mei - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada RM321.466 bilion (AS$88 bilion) pada 15 Mei, berbanding RM320.4 bilion (AS$87.7 bilion) pada 30 April.

Kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 3.8 kali hutang luar jangka pendek, kata BNM dalam satu kenyataan.

Rizab kasar antarabangsa membabitkan rizab mata wang asing (AS$81.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Monetari Antarabangsa (AS$400 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$200 juta), emas (AS$400 juta) dan rizab-rizab lain (AS$5.1 bilion).

Aset bank pusat sebanyak RM350.438 bilion.

Selain rizab antarabangsa, aset lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.676 bilion), deposit institusi kewangan (RM7.411 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM12.954 bilion) dan aset-aset lain (RM5.931 bilion).

Liabilitinya membabitkan modal berbayar (RM100 juta), dana simpanan umum (RM11.977 bilion), lain-lain rizab (RM27.429 bilion), mata wang dalam edaran (RM46.131 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM172.668 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM18.464 bilion), deposit-deposit lain (RM826.982 juta), kertas Bank Negara (RM46.142 bilion), peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM759.892 bilion) dan liabiliti lain (RM25.940 bilion). - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers