May 21, 2009

KLCI cecah paras tertinggi baru

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, dengan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) mencecah paras tertinggi baru, didorong belian untuk saham berwajaran tinggi, terutama saham kewangan dan perladangan.

Ketika penutup, penanda aras KLCI mengukuh 19.14 mata atau 1.87 peratus kepada 1,042.63, selepas dibuka 0.68 mata lebih rendah pada 1,022.81 pada sesi pagi dengan paras tinggi seharian 1,044.77. KLCI, sebelum ini mencapai paras tinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 1,026.78 pada 8 Mei lalu.

Ketua penyelidikan TA Securities, Stephen Soo, berkata saham berwajaran tinggi di pasaran mengalami kerancakan lewat selepas pasaran serantau mempamerkan corak menaik kelmarin. "Kemungkinan ada beberapa minat belian seberang laut, tetapi saham murah pula berada pada pengambilan untung dan bertahan pada satu tahap," kata beliau yang menjangkakan paras sokongan pasaran pada 1,054 dan halangan 1,021-1,000.

Pada penutup, Indeks Kewangan mengukuh 127.53 mata kepada 8,163.0, Indeks Perindustrian menokok 41.6 mata kepada 2,309.98 dan Indeks Perladangan menambah 190.86 mata kepada 5,336.7.
Indeks FBMEmas pula 124.26 mata lebih tinggi pada 6,943.53, FBM30 naik 139.24 mata kepada 6,678.1, FBM2BRD meningkat 1.95 mata kepada 4,575.45, sementara FBM-MDQ melonjak 52.7 mata kepada 4,004.63. Saham untung mengatasi saham rugi dengan hanya 357 berbalas 307, sementara 205 kaunter tidak berubah, 366 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.872 bilion saham bernilai RM1.864 bilion daripada 1.754 bilion saham bernilai RM1.599 bilion sebelumnya. Di kalangan saham aktif, KNM dan TA-WB susut satu sen setiap satu kepada 80 sen dan lima sen, SAAG turun 1.5 sen kepada 35 sen dan Scomi berkurangan tiga sen kepada 69 sen.
Saham yang mencatatkan keuntungan termasuk Kuala Lumpur Kepong yang menokok 70 sen kepada RM12.00, Nestle naik 50 sen kepada RM29.00 dan PPB yang mengukuh 40 sen kepada RM3.80. Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing menambah 25 sen kepada RM6.95, RM5.30 dan RM7.55.

Bumiputra-Commerce dan MISC pula susut lima sen kepada RM8.85 dan RM8.45, IOI Corp meningkat 16 sen kepada RM4.64 dan Public Bank menokok 15 sen kepada RM8.60. Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 1.533 bilion saham bernilai RM1.769 bilion daripada 1.504 bilion saham bernilai RM1.532 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua pula melonjak kepada 195.162 juta unit bernilai RM69.498 juta daripada 108.772 juta unit bernilai RM38.522 juta sebelumnya. Manakala, jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 94.316 juta saham bernilai RM15.580 juta daripada 89.068 juta saham bernilai RM19.771 juta sebelumnya.

Waran naik kepada 37.295 juta unit bernilai RM7.118 juta berbanding 27.067 juta unit bernilai RM5.017 juta pada Selasa. Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 55.026 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 322.516 juta, pembinaan 149.371 juta, urus niaga/perkhidmatan 464.748 juta, teknologi 22.647 juta, infrastruktur 37.953 juta, kewangan 163.184 juta, perhotelan 4.129 juta, hartanah 251.178 juta, perladangan 60.14 juta, perlombongan 265,300, REITs 2.078 juta dan dana tertutup 184,300.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers