May 24, 2009

Tinjauan Pasaran: Urus niaga saham murah dingin

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam berikutan kegiatan mencari saham di kalangan saham berwajaran tinggi, terutama stok perladangan.

Bagaimanapun, peniaga berkata, kenaikan harga disekat oleh kerugian yang dialami saham utama, Sime Darby. Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 9.7 mata atau 0.937 peratus, kepada 1,045.26, selepas dibuka turun 4.88 mata kepada 1,030.68.

KLCI mencecah ketinggian harian 1,045.39 dan paras terendah harian 1,030.04. Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pasaran berada pada paras paling kukuh dan menunjukkan prestasi terbaik di rantau ini yang disumbangkan oleh stok bermodal besar.

“Saham murah dan berharga kurang RM1 tidak menunjukkan pergerakan besar menandakan pemain runcit mengambil sikap berhati-hati selepas kenaikan tinggi. Mereka membuat pembelian secara berhati-hati,” katanya.

Pong berkata, pasaran kini memberi tumpuan kepada saham berkaitan komoditi dengan mengetepikan prestasi Dow Jones, walaupun kebimbangan politik terhadap isu di Perak semakin dilupakan.

“Ada beberapa dana asing di pasaran. Saya tidak pasti jika mereka berada di sini untuk tempoh jangka panjang atau hanya membuat belian mengikut peluang yang wujud. “Tetapi faktor ini turut membantu,” katanya. Indeks Kewangan meningkat 58.55 mata kepada 8,148.75, Indeks Perusahaan meningkat 12.95 mata kepada 2,301.09 dan Indeks Perladangan melonjak 56.35 mata kepada 5,458.41.

FBMEmas meningkat 70.26 mata kepada 6,970.32, FBM30 meningkat 65.14 mata kepada 6,697.48, manakala FBM2BRD turun 5.96 mata kepada 4,526.88 dan FBM-MDQ merosot 22.19 mata kepada 3,947.92.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi ialah 364 kepada 250, manakala 231 kaunter tidak berubah, 408 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung. Jumlah urus niaga turun kepada 1.268 bilion saham bernilai RM1.344 bilion berbanding 1.488 bilion saham bernilai RM1.628 bilion kelmarin.

Antara saham aktif, TA-WB dan KNM tidak berubah masing-masing pada harga 3.5 sen dan 78 sen, Tebrau meningkat 10 sen kepada 76 sen, UEM Land meningkat 24 sen kepada RM1.62 dan Mulpha meningkat tiga sen kepada 50.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM6.90, Maybank tidak berubah kepada RM5.20, Tenaga Nasional meningkat 25 sen kepada RM7.65, Bumiputra-Commerce meningkat 5.0 sen kepada RM8.85 dan IOI Corp meningkat 8.0 sen kepada RM4.76.

Public Bank meningkat RM8.60, Axiata naik 1 sen kepada RM2.45, Genting melonjak 28 sen kepada RM5.20 dan PPB meningkat 20 sen kepada RM11.30. Jumlah urus niaga Papan Utama turun kepada 1.088 bilion saham bernilai RM1.297 bilion daripada 1.267 bilion saham bernilai RM1.565 bilion kelmarin.

Perolehan di Papan Kedua merosot kepada 63.168 juta unit RM27.49 juta daripada 115.836 juta unit bernilai RM43.289 juta sebelum itu. Bilangan dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 56.399 juta saham bernilai RM10.268 juta daripada 73.544 juta saham bernilai RM12.594 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 56.339 juta unit bernilai RM10.268 juta daripada 27.154 juta unit bernilai RM5.549 juta sebelum itu.

Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 36.315 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 201.409 juta, pembinaan 111.186 juta, dagang/perkhidmatan 359.088 juta, teknologi 13.483 juta, infrasturktur 14.807 juta, kewangan 102.107 juta, hotel 3.205 juta, hartanah 223.283 juta, perladangan 21.109 juta, perlombongan 45,000, REIT 1.96 juta, dan tertutup/dana 88,400. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers