May 25, 2009

Perwakim temui BNM, PIAM tentang kesukaran ejen insurans

KUALA LUMPUR 24 Mei - Perwakim, persatuan ejen insurans am di Malaysia, akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) tidak lama lagi untuk membincangkan cadangan bayaran rebat secara terus bagi insurans motor.

Presidennya, Liza Lau berkata, cadangan PIAM untuk memberikan rebat terus kepada pelanggan insurans motor akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, tahun ini.

"Rebat diberikan kepada pelanggan bagi pembelian secara terus tentunya akan menjejaskan ejen insurans tetapi Perwakim berpandangan tegas bahawa pelaksanaannya juga akhirnya tidak akan memberikan faedah kepada pelanggan," katanya pada satu taklimat media di sini hari ini.
Terdapat 50,000 ejen insurans di seluruh negara, di mana 40 peratus daripadanya adalah ejen sepenuh masa, katanya.

Lau berkata, cadangan rebat secara terus itu akan hanya memberikan faedah kepada syarikat insurans walau pun secara serius menjejaskan pihak yang mendapat perlindungan insurans, terutamanya pada masa apabila pihak yang mendapat perlindungan perlu mendapatkan pampasan dari penginsurans.

Melihat kepada prospek ejen insurans, katanya mengikut persekitaran ekonomi global semasa, perniagan mereka secara praktikalnya berada dalam krisis.

Dalam tempoh 20 tahun lepas, ejen insurans telah hanya menerima komisen 10 peratus daripada syarikat insurans, di mana daripada wang itulah mereka membayar gaji kakitangan, sewa, pengangkutan, perbelanjaan yang kesemuanya kini naik dengan mendadak, katanya.
"Malah sekarang komisen 10 peratus itu layak untuk dirampas sekiranya cadangan itu diluluskan dengan pelanggan akan memperoleh diskaun sekiranya mereka membeli secara terus daripada syarikat insurans, dengan memintas ejen.

"Ejen memperoleh tidak lebih daripada (komisen) 10 peratus itu dan sebarang penurunan dalam peratusan ini mungkin berkait dengan gaji yang akan turun.

Kakitangan di agensi yang lebih kecil dijangka diberhentikan kerja dengan menerima sedikit, atau langsung tidak menerima sebarang pampasan," katanya. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers