May 22, 2009

Indeks utama cecah 1,050.45

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan kegiatan pengambilan untung saham wajaran tinggi, meskipun penurunan dihadkan kenaikan dalam saham perladangan. Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 7.07 mata atau 0.678 peratus kepada 1,035.56 iaitu paras terendah harian, selepas dibuka 2.73 mata lebih tinggi kepada 1,045.36 pada sesi pagi. Indeks utama mencecah paras tertinggi harian pada 1,050.45 selepas mencapai paras tertinggi baru pada 1,042.63 kelmarin.

Ketua Penyelidikan SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata pasaran berada dalam situasi pembetulan meskipun bertahan pada paras 1,051 mata. Beliau berkata, aliran pembetulan itu dijangka berterusan dengan Amerika Syarikat (AS) bercuti panjang pada hujung minggu sempena Memorial Holiday pada 25 Mei.

Phua juga berkata, dolar AS dijangka lemah berikutan penurunan tinjauan negara oleh Rizab Persekutuan AS.
"Ini adalah maklumat penting kerana ia akan memberi kesan ke atas pasaran. Setakat ini, pasaran ekuiti global tidak membuat pembetulan lagi. Jika dolar AS terus jatuh, ia baik bagi pasaran global," katanya.

Indeks Kewangan turun 72.8 mata untuk ditutup kepada 8,090.2, Indeks Perusahaan berkurangan 21.84 mata kepada 2,288.14 manakala Indeks Perladangan meningkat 65.36 mata kepada 5,402.06. FBMEmas susut 43.47 mata kepada 6,900.06, FBM30 merosot 45.76 mata kepada 6,632.34, FBM2BRD turun 42.61 mata kepada 4,532.84 manakala FBM-MDQ berkurangan 34.52 mata kepada 3,970.11. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 429 berbanding 242 manakala 192 kaunter tidak berubah, 372 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 1.488 bilion saham bernilai RM1.628 bilion daripada 1.872 bilion saham bernilai RM1.864 bilion kelmarin. Di kalangan saham cergas, Talam naik setengah sen kepada 10.5 sen. TA-WB turun 1.5 sen kepada 3.5 sen, KNM dan Tebrau susut setiap satu dua sen masing-masing kepada 78 sen dan 66 sen, dan Scomi jatuh 3.5 sen kepada 65.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby tidak berubah pada RM6.95, Maybank dan MISC turun 10 sen setiap satu masing-masing kepada RM5.20 dan RM8.35 dan Bumiputra-Commerce serta Public Bank susut lima sen setiap satu masing-masing kepada RM8.80 dan RM8.55.

Axiata berkurangan dua sen kepada RM2.44, BAT turun 25 sen kepada RM42.00, PPB jatuh 30 sen kepada RM11.10 manakala Kuala Lumpur Kepong naik 20 sen kepada RM12.20. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 1.267 bilion saham bernilai RM1.565 bilion daripada 1.533 bilion saham bernilai RM1.769 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 115.836 juta saham bernilai RM43.289 juta daripada 195.162 juta saham bernilai RM69.498 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 73.544 juta saham bernilai RM12.594 juta daripada 94.316 juta saham bernilai RM15.580 juta sebelumnya.

Waran merosot kepada 27.154 juta unit bernilai RM5.549 juta daripada 37.295 juta unit bernilai RM7.118 juta kelmarin. Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 39.456 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 207.865 juta, pembinaan 139.262 juta, perdagangan/perkhidmatan 359.971 juta, teknologi 15.881 juta, prasarana 29.089 juta, kewangan 132.631 juta, hotel 4.381 juta, harta 277.965 juta, perladangan 58.384 juta, perlombongan 47,000, REITs 1.901 juta dan dana tertutup 177,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers