HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semalam berikutan peningkatan semalaman di Wall Street dan kenaikan harga minyak mentah yang memberi rangsangan kepada saham berkaitan perladangan. Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 11.48 mata lebih tinggi pada 1,023.49, selepas dibuka 7.03 mata lebih kukuh pada 1,023.36 pada pagi.
KLCI mencatatkan paras tertinggi harian pada 1,027.38 dan rendah pada 1,017.53. Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pada tengah hari aktiviti belian menular ke saham lain seperti perbankan, pengeluar sarung tangan, minyak dan gas, serta pembinaan.
"Bagaimanapun saya merasakan kita akan menyaksikan beberapa penjualan hari ini. Aliran sejak dua minggu lalu menunjukkan kegiatan mencari untung berlaku berselang hari," katanya. Beliau berkata, aliran berkenaan akan kekal sepanjang minggu dan KLCI dijangka bergerak dalam paras sokongan 980-990 dan paras halangan 1,030-1,070.
Semasa ditutup, Indeks Kewangan naik 79.45 mata pada 8,035.47, Indeks Perusahaan menokok 11.12 mata kepada 2,268.38 dan Indeks Perladangan meningkat 104.33 mata kepada 5,145.84.
FBMEmas naik 90.29 mata pada 6,819.27, FBM30 menambah sebanyak 69.02 mata kepada 6,538.68, FBM2BRD meningkat 102.85 mata kepada 4,573.5 manakala FBM-MDQ menokok 137.81 mata kepada 4,057.33.
Saham untung mengatasi rugi pada 544 berbanding 157 manakala 155 kaunter tidak berubah, 404 tidak didagangkan dan 58 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.754 bilion saham bernilai RM1.599 bilion daripada 1.697 bilion saham bernilai RM1.319 bilion kelmarin.
Antara saham aktif, TA-WB susut satu sen kepada enam sen, KNM menokok tujuh sen kepada 81 sen, SAAG menambah tiga sen kepada 36.5 sen, dan Scomi naik 7.5 sen kepada 72 sen.
Saham paling untung untuk semalam termasuk Concrete Engineering Products yang naik 60 sen kepada RM3.30, TopGlove menambah 35 sen kepada RM6.10 dan Panasonic Manufacturing Malaysia meningkat 30 sen kepada RM11.20.
Bagi saham wajaran tinggi, saham berkaitan perladangan Sime Darby naik lima sen pada RM6.70, IOI Corp menambah 12 sen kepada RM4.48, Kuala Lumpur Kepong menokok 20 sen kepada RM11.30, manakala Kulim dan Asiatic melonjak 15 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.05 dan RM5.20.
Maybank naik sembilan sen kepada RM5.05, Bumiputra-Commerce menambah 15 sen kepada RM8.90, Public Bank kekal pada RM8.45, manakala Bursa Malaysia untung 25 sen kepada RM7.05. Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.504 bilion saham bernilai RM1.532 bilion daripada 1.48 bilion saham bernilai RM1.263 bilion kelmarin.
Jumlah dagangan di Papan Kedua pula melonjak kepada 108.772 juta unit bernilai RM38.522 juta berbanding 83.136 juta unit bernilai RM29.787 juta sebelumnya. Di Mesdaq Market, jumlah dagangan turun kepada 89.068 juta saham bernilai RM19.771 juta daripada 102.163 juta saham bernilai RM19.744 juta sebelumnya.
Waran naik kepada 27.067 juta unit bernilai RM5.017 juta daripada 20.81 juta units bernilai RM3.705 juta kelmarin. Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 64.79 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 340.347 juta, pembinaan 109.092 juta, dagangan/perkhidmatan 491.747 juta, teknologi 25.241 juta, infrastruktur 30.106 juta, kewangan 196.705 juta, hotel 5.607 juta, hartanah 210.259 juta, perladangan 27.508 juta, perlombongan 8,500, REIT 2.675 juta, dan tertutup/dana 95,900. - Bernama
May 20, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com