May 30, 2009

Sentimen serantau positif Bursa ditutup kukuh

KUALA LUMPUR 29 Mei - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi semasa mengakhiri minggu disokong oleh sentimen serantau yang positif, dengan saham seperti Sime Darby dan Tenaga Nasional mendahului senarai saham untung, kata seorang penganalisis.
Semasa ditutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) menokok 2.87 mata kepada 1,044.11, selepas dibuka 5.56 mata lebih tinggi pada 1,046.8.

Indeks Perladangan melonjak 36.32 mata kepada 5,295.77 manakala Indeks Perusahaan menokok 34.64 mata kepada 2,322.10 tetapi Indeks Kewangan pula susut 89.17 mata kepada 8,004.49 manakala Indeks FBMEmas meningkat 30.34 mata kepada 6,984.21.

Indeks FBM30 menambah 28.9 mata kepada 6,677.27, Indeks FBMMesdaq turun 12.02 mata kepada 4,039.69 dan Indeks FBM2BRD naik 27.51 mata kepada 4,574.77.

Saham untung mengatasi saham rugi pada 386 berbanding 253 kaunter, manakala 216 kaunter tidak berubah, 383 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.769 bilion saham bernilai RM2.362 bilion daripada 1.076 bilion saham yang dicatatkan pada Rabu yang bernilai RM1.029 bilion.

Antara saham paling untung, Tenaga Nasional naik 55 sen kepada RM8.15, Sime Darby menokok 45 sen kepada RM7.20 dan Parkson menambah 40 sen kepada RM5.20.

Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.576 bilion saham bernilai RM2.297 bilion daripada the 930.160 juta saham bernilai RM981.930 juta pada Khamis.

Di Papan Kedua pula, jumlah dagangan menokok kepada 79.398 juta unit bernilai RM37.235 juta daripada 55.972 juta unit bernilai RM29.759 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 71.438 juta saham bernilai RM18.310 juta daripada 48.341 juta saham bernilai RM13.294 juta semalam.

Waran melonjak kepada 32.024 juta unit bernilai RM5.378 juta daripada 21.7 juta unit bernilai RM33.586 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 41.956 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 459.177 juta, pembinaan 117.069 juta, dagangan/perkhidmatan 582.779 juta, teknologi 14.961 juta, infrastruktur 26.402 juta, kewangan 88.406 juta, hotel 3.460 juta, hartanahs 207.163 juta, perladangan 33.327 juta, perlombongan 2,000, REIT 1.592 juta, dan dana tertutup 236,900.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers