May 23, 2009

Invest Malaysia platform umum perubahan polisi

KUALA LUMPUR 22 Mei - Kerajaan bakal menggunakan persidangan Invest Malaysia 2009 sebagai platform untuk mengumumkan sebarang perubahan polisi berkaitan pasaran modal.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, beliau menjangka terdapat perubahan polisi pada tahun ini terutama untuk pasaran modal, berdasarkan langkah yang pernah dibuat kerajaan pada persidangan itu sebelum ini.

''Tetapi kami masih belum mengetahui bentuk pengumuman perubahan yang akan dibuat. Dan bagi Bursa sendiri kami tidak ada sebarang pengumuman baru akan dibuat semasa persidangan itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Invest Malaysia 2009 dengan kerjasama CIMB Investment Bank di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Tambah Yusli, persidangan ini merupakan peluang terbaik kepada pelabur serius mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pasaran modal Malaysia.

''Walaupun krisis ekonomi sejagat telah memberi kesan kepada pasaran global, Malaysia terus menunjukkan asas kukuh, lebihan dagangan stabil serta pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).

''Malaysia akan terus menjadi destinasi pelaburan pilihan dengan menawarkan pelbagai potensi dalam pelaburan ekuiti konvensional dan Islam,'' jelasnya.

Setakat ini, pelabur asing yang telah melabur di Malaysia meningkat kepada 31 peratus daripada 28 peratus pada permulaan tahun berbanding 42 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu, Nazir berkata, persidangan kali ini adalah yang paling penting kerana ia merupakan kali pertama penswastaan Malaysia berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru sebagai platform untuk memperkenalkannya kepada pelabur di peringkat domestik dan antarabangsa.

''Ia merupakan waktu yang sesuai kepada pelabur untuk mendapat keuntungan kerana kecairan adalah lebih baik.

''Ini merupakan peluang terbaik untuk pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia,'' katanya.

Invest Malaysia 2009 akan di adakan pada 30 Jun hingga 1 Julai ini di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur dan ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers