May 25, 2009

Kepentingan bumiputera terjejas?

Oleh AINUL ASNIER AHSANainul.ahsan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei - Keputusan kerajaan untuk meluaskan skop Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) dalam sektor perumahan dan pengangkutan dikhuatiri akan menjejaskan kepentingan kaum bumiputera.

Penganalisis ekonomi, Datuk Wan Md. Albakri Md Nor yang melahirkan kekhuatiran itu berkata, sekiranya keputusan tersebut diteruskan, ia boleh menjejaskan kepentingan bumiputera memandangkan keanggotaan Pemudah terdiri daripada wakil-wakil swasta.
''Saya amat bimbang kerana kita tidak pasti sama ada wakil daripada pihak swasta itu benar-benar mewakili Melayu atau perniagaannya?

''Dan, adakah mereka itu mampu menyuarakan kepentingan Melayu?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemudah yang ditubuhkan dua tahun lalu dianggotai oleh paduan tenaga di antara sektor awam dan swasta.

Bagi sektor awam, Pemudah diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan sementara sektor swasta pula oleh bekas Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Yong Poh Kon.

Beliau tidak menolak sekiranya dua sektor itu diberikan kepada Pemudah, sudah pasti badan itu akan melonggarkan syarat 30 peratus jualan kepada Melayu.

Ini kerana, syarikat-syarikat pemaju perumahan yang dimonopoli oleh swasta telah lama mendesak kerajaan melonggarkan syarat tersebut.

Malah, para pemaju perumahan juga mahu agar diskaun sebanyak 10 peratus yang dinikmati oleh pembeli bumiputera dikecualikan kepada kaum Melayu yang berpendapatan tinggi atau ketika membeli rumah mewah.

Beliau berkata, kebimbangannya berasas kerana apabila disebut birokrasi dan penambahbaikan pentadbiran kerajaan, maka terdapat golongan tertentu terutamanya tokoh-tokoh korporat besar yang berpendapat Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membantut pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan perniagaan mereka.

Berikutan itu, DEB sering dipersalahkan dan dijadikan 'kambing hitam', seolah-seolah dasar tersebut adalah punca segala kegagalan ekonomi Malaysia dan membantutkan pertumbuhan perniagaan syarikat-syarikat Malaysia, jelasnya.

Tetapi, adakah benar DEB telah membantutkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan perniagaan mereka atau mungkin ia disebabkan oleh isu-isu atau fakta lain, soal beliau.

''Sebab itu, saya khuatir sekiranya Pemudah diberi kuasa untuk membincangkan sektor perumahan dan pengangkutan, wakil swasta pasti akan menggunakan landasan itu untuk melonggarkan DEB,'' tambah beliau.

Beliau berkata, komitmen kerajaan adalah untuk memastikan Dasar Pembangunan Ekonomi Malaysia yang dibentuk dapat memberi faedah kepada pertumbuhan ekonomi dan dikongsi secara saksama oleh semua rakyat, berasaskan Strategi Pengagihan Menerusi Pertumbuhan.
Berikutan itu, beliau berkata, selaras dengan konsep 1Malaysia, kerajaan perlu menterjemahkan isu ketidaksamaan menerusi pelaksanaan yang berkesan dan tidak hanya sekadar memperkatakannya sahaja.

Sementara itu, tokoh ekonomi negara, Dr. Hamzaid Yahya pula menambah, kerajaan dilihat begitu ghairah untuk mengeluarkan Malaysia daripada kemelut ekonomi sehingga melakukan perubahan-perubahan yang mengejutkan.

Beliau berkata, kerajaan tidak perlu meluaskan skop Pemudah dalam sektor perumahan kerana dikhuatiri menjejaskan keistimewaan yang dinikmati oleh pembeli bumiputera.

''Saya pasti ramai yang tidak menyenangi keputusan tersebut kerana sudah pasti isu kuota 30 peratus yang didakwa oleh pemaju menyukarkan jualan mereka akan menjadi fokus kepada Pemudah.

''Sebab itu, saya tidak nampak rasional mengapa kerajaan membuat keputusan tersebut sedangkan sehingga hari ini terlalu banyak isu perumahan pun masih belum diselesaikan dan yang pasti dengan adanya kuota itu pun masih ramai kaum bumiputera masih belum mampu memiliki hartanah sendiri,'' jelas beliau.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers