May 24, 2009

PIAM: Pengenalan rebat beri manfaat kepada pelanggan

KUALA LUMPUR 22 Mei - Pengenalan rebat terus insurans pada 1 Julai ini akan memberi manfaat kepada pelanggan insurans yang ingin berurusan terus dengan syarikat insurans, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Pengarah Eksekutifnya, Lim Chia Fook berkata, terdapat pelanggan yang inginkan pilihan untuk membuat pembelian insurans secara terus ke cawangan syarikat insurans.

''Kebanyakan pelanggan insurans hari ini terutama yang muda mementingkan teknologi maklumat (IT). Mereka menggunakan kemudahan IT untuk membeli insurans.

''Melalui penggunaan IT, industri insurans dapat mempelbagaikan saluran pengagihan insurans dan dapat meningkatkan kadar penembusan perlindungan insurans dalam negara,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Chia Fook, trend terhadap kepelbagaian saluran pengagihan untuk meningkatkan peluang pasaran adalah penting.

''Oleh itu, ejen insurans perlu sedar dengan peluang itu, untuk memajukan industri insurans dan mengurangkan penggantungan kepada sistem agihan berteraskan agensi
''Namun, industri insurans percaya pelanggan yang selesa dengan ejen insurans mereka akan terus menggunakan perkhidmatan ejen tersebut,'' jelasnya.

Katanya, kebimbangan ejen insurans yang bakal kehilangan pelanggan adalah tidak benar.
''Saranan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung untuk ejen (insurans) mengekalkan pelanggan mereka dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

''Ejen insurans akan terus memainkan peranan penting kepada industri insurans am,'' katanya.
Setakat ini, 60 peratus perniagaan insurans adalah melalui ejen, 20 peratus broker dan orang tengah serta 20 peratus adalah secara terus.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers