SINGAPURA 29 Mei - Harga minyak mentah melonjak di dagangan Asia, ke paras tertinggi untuk tempoh enam bulan ekoran kejatuhan besar simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS).
Kontrak utama New York, minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran Julai kepada AS$65.93 (RM228.86) setong.
Minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Julai pula meningkat AS$0.23 (RM0.80) kepada AS$64.62 (RM226.17).
Semasa dagangan AS semalam, minyak mentah New York melonjak sehingga paras AS$65.35 (RM228.72) sebelum ditutup pada paras AS$65.08 (RM227.78), paras penutup tertinggi sejak 4 November tahun lalu.
Minyak mentah melonjak dalam beberapa hari lalu ekoran keyakinan terhadap permintaan tenaga akan meningkat dengan harapan ekonomi AS kembali pulih.
''Pasaran minyak mentah berada dalam keyakinan bahawa kemelesetan terburuk telah berlalu,'' kata Mike Fitzpatrik dari MF Global.
Keputusan Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Petroleum (OPEC), akan mengekalkan pengeluaran pada paras 24.84 juta tong sehari, walaupun lebihan minyak mentah menunjukkan keyakinan pertubuhan terhadap permintaan minyak yang akan meningkat, kata penganalisis.
''Terdapat kepercayaan di dalam pertubuhan, bahawa kemelesetan ekonomi telah berlalu, dan pemulihan telah bermula,'' kata David Kirsch dari PFC Energy. - AFP
May 30, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com