KUALA LUMPUR 19 Mei - Bursa Malaysia dijangka kembali pulih pada tahun ini berikutan kemasukan semula pelabur asing dan institusi tempatan.
Ketua Penyelidik Kenanga Investment Bank Bhd., (KIBB) Yeonzon Yeow berkata, perkembangan itu akan mengekalkan kedudukan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) pada 1,128 mata menjelang akhir tahun ini.
''Pasaran tempatan lengang pada November dan Disember tahun lalu tetapi sejak dua bulan pasaran kembali pulih.
''Sentimen masih bergantung kepada unjuran pertumbuhan ekonomi negara kerana ia menyokong keyakinan kepada pasaran,'' katanya ketika ditemui selepas mesyuarat agung tahunan K&N Kenanga Holdings Bhd. di sini hari ini.
Yeow menjangkakan IKKL yang kini berada pada paras melebihi 1,000 mata sejak tiga minggu lalu akan mengalami pembetulan untuk berada pada kedudukan 980 mata.
Menurut beliau, meskipun ekonomi negara terjejas ekoran penguncupan dalam pertumbuhan eksport namun pertumbuhan dalam perbankan sangat memberangsangkan.
Ini dibuktikan dengan pertumbuhan dalam pendapatan bukan faedah dan pembiayaan pada tempoh tersebut, tambah beliau.
Yeow berkata, pakej rangsangan yang bernilai RM67 bilion dan Bajet 2010 berjumlah RM200 bilion dijangka cukup untuk menyokong kejatuhan eksport.
''Apa yang paling penting sekarang ialah kerajaan perlu memastikan semua projek di bawah pakej rangsangan disegerakan, itu adalah petunjuk penting,'' ujar beliau.
Beliau berkata, tinjauan industri yang dilakukan baru-baru ini, turut mendapati kebolehlaksanaan kilang-kilang kini juga meningkat sehingga tiga bulan berbanding seminggu hingga sebulan pada Disember tahun lalu.
Ditanya jangkaan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat, Yeow berkata, petunjuk utamanya bergantung kepada perbelanjaan dan keyakinan pengguna di negara itu.
''Risiko masih pada sektor perbankan dan sekiranya sektor itu tidak berkembang, ia akan menjejaskan proses pemulihan di negara-negara membangun,'' katanya. - BERNAMA
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com