HARGA saham di Bursa Malaysia terus mengukuh kepada paras tertinggi barunya dalam tempoh lapan bulan minggu lalu, selepas kegiatan pengambilan untung membenamkannya di awal minggu. Pengukuhan itu menggalakkan pelabur di luar pasaran mengambil kedudukan baru susulan peningkatan saham serantau susulan spekulasi yang tercetus secara tiba-tiba yang menyatakan krisis kredit global yang teruk sudah berakhir.
Berikutan itu, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat 31.05 mata, atau 3.1 peratus daripada minggu sebelumnya ketika ditutup Jumaat lalu pada 1,045.26, dengan lebih separuh keuntungan itu datang daripada Axiata (+4.3 mata indeks), IOI Corp (+3.6), Sime Darby (+3.3), Genting Bhd (+3.2) dan Maybank (+2.6).
Purata jumlah dan nilai dagangan masing-masing jatuh kepada 1.6 bilion saham bernilai RM1.55 bilion, berbanding 2.8 bilion saham bernilai RM1.94 bilion minggu sebelumnya. Kira-kira 31 peratus peningkatan KLCI minggu lalu disumbangkan kaunter perladangan berikutan kebimbangan penurunan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan pengganti terdekatnya minyak soya mencetuskan kenaikan dalam kaunter dengan wajaran indeks tinggi seperti IOI Corporation, Sime Darby dan KL Kepong.
Ketika tahap keyakinan pemulihan semula harga MSM di kalangan pakar industri dan peniaga MSM bercampur-campur, harga komoditi itu dalam tempoh terdekat bergerak melebihi paras RM2,800 satu tan apabila permintaan dijangka melebihi pengeluaran, membawa kepada penurunan stok simpanan.
Keadaan ini mungkin mengekalkan minat terhadap saham perladangan dan membawa kepada peningkatan indeks keseluruhan. Di sebalik peningkatan harganya baru-baru ini, Boustead Corporation terus menarik minat kerana masih memberikan potensi peningkatan berdasarkan harga sasarannya pada RM4.38.
Bukan saja kenaikan harga MSM adalah sesuatu yang baik kepada kaunter itu tetapi juga peningkatan dalam harga minyak mentah berdasarkan pendedahannya dalam Boustead Heavy Industries Corporation. Ketika jumlah dagangan di Bursa Malaysia lega dengan ketara pada Jumaat lalu kepada paras terendahnya dalam tempoh tiga minggu pada 1.27 bilion saham daripada 3.83 bilion saham pada 11 Mei, momentum positif dan kecairan yang banyak boleh mendorong indeks untuk diuji pada 1,078.
Justeru, sebarang pembetulan minggu ini sebagai peluang untuk mengumpul. Musim keputusan kewangan setakat ini kelihatan baik dengan kebanyakan syarikat melaporkan pendapatan melebihi (22 peratus) dan dijangkakan (46 peratus) yang memberi sokongan kekuatan kepada indeks.
Musim pengumuman keputusan kewangan itu berakhir minggu ini dan disebabkan itu tiada lagi kejutan kurang menyenangkan yang dijangka berlaku. Kekalkan pegangan pada syarikat minyak dan gas, pembinaan dan sektor bahan perindustrian.
Bercakap mengenai pembinaan, sektor itu sekali lagi menerima percubaan apabila Perdana Menteri mengambil satu lagi pendekatan menggerakkan ekonomi menerusi cadangan beliau untuk membina laluan ketiga menghubungkan bahagian timur Johor dengan Singapura.
Cadangan itu dijangka membawa lebih banyak kebaikan kepada Iskandar Malaysia kerana ia disambungkan terus ke Changi, iaitu lapangan terbang paling sibuk di Asia Tenggara. Jambatan itu yang berpotensi menghubungkan Desaru dan Changi dijangka akan mencetuskan minat dalam syarikat yang mempunyai kepentingan di Iskandar Malaysia dan secara lebih khusus lagi dalam syarikat yang mempunyai simpanan tanah di sepanjang jajaran itu.
Pasaran sudah pun memberikan reaksinya mengenai perkara itu Jumaat lalu dan minat spekulatif akan berlarutan sehingga minggu ini dalam kaunter seperti UEM Land, IJM Land, Tebrau, Tradewinds dan MRCB. Penurunan pasaran minggu ini berpunca daripada faktor luaran kerana rakan dagangan utama kita memberikan petunjuk bercampur-campur mengenai tahap pemulihan ekonomi.
Angka KDNK suku pertama 2009 akan dikeluarkan Rabu ini dan ia diramalkan menguncup 3.8 peratus. Pendirian Bank Negara mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh menjadi petunjuk baik untuk menjangkakan apa akan diumumkan pada Rabu. Pertumbuhan ekonomi lebih lemah daripada dijangkakan akan mencetuskan kegiatan pengambilan untung.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com