May 25, 2009

Harga saham dijangka naik

KUALA LUMPUR 24 Mei - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka menyaksikan sedikit peningkatan minggu depan apabila pelabur-pelabur mengetepikan kebimbangan tentang dasaran yang negatif, kata penganalisis.

Ketua Penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew berkata, beliau menjangka pasaran 'tidak terlalu memberikan perhatian kepada pasaran Amerika Syarikat (AS) dan latar belakang negatif seperti isu politik tempatan'.

"Saya menjangka kita dapat melihat sedikit peningkatan minggu depan kerana pasaran sudah bersedia mengetepikan latar belakang negatif," katanya.

Teng Siew menjangka pasaran terus menguji paras halangan 1,070 mata dengan paras sokongan pada 1,010 mata.

Pasaran ditutup bercampur-campur minggu ini, meskipun ia berada dalam aliran pembetulan selepas menyaksikan lebihan belian selama kira-kira lapan minggu.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) juga mencecah ketinggian baru iaitu 1,042.63 pada 20 Mei dan tahap tertinggi dalam dagangan seharian 1,050.45 pada 21 Mei ekoran minat belian di kaunter-kaunter berwajaran tinggi.

Bagaimanapun, penjualan saham-saham mewah utama membataskan kenaikan pada akhir minggu ini.

Berbanding Jumaat lepas, IKKL menamatkan dagangan minggu ini pada 1,045.26, naik 31.05 mata daripada 1,014.21 pada penutupan minggu lepas.

Indeks Kewangan mengukuh 118.73 mata kepada 8,148.75, Indeks Perusahaan meningkat 56.08 mata kepada 2,301.09, dan Indeks Perladangan melonjak 367.1 mata kepada 5,458.41.
Bagi siri Indeks FTSE-BM, FMBEmas ditutup 66.32 mata lebih tinggi pada 6,970.32, FBM2BRD menambah 0.46 mata kepada 4,526.88 dan FBM30 meningkat 5.34 mata kepada 6,697.48 manakala FBMMDQ turun 46.13 mata kepada 3,497.92.

Jumlah dagangan minggu ini mengecil kepada 8.081 bilion saham bernilai RM7.757 bilion daripada 13.982 bilion saham bernilai RM7.980 bilion minggu lepas.

Di Papan Utama jumlah dagangan susut kepada 6.837 bilion unit bernilai RM7.428 bilion daripada 11.354 bilion unit bernilai RM8.999 bilion sebelumnya.

Papan Kedua mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 566.076 juta saham bernilai 208.588 juta daripada 1.247 bilion saham bernilai RM446.288 juta.

Pasaran Mesdaq juga menyaksikan penurunan jumlah dagangan kepada 347.009 juta saham bernilai RM66.691 juta berbanding 1.153 bilion saham bernilai RM190.155 juta minggu lepas.
Bagaimanapun, waran opsyen belian bertambah jumlahnya kepada 169.177 juta saham bernilai RM30.356 juta daripada 155.727 juta saham bernilai RM28.039 juta. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers