May 19, 2009

3 indeks sawit di Bursa Malaysia

Oleh Kamarulzaidi Kamiskamarulzaidi@bharian.com.my

Penyenaraian baru susulan kekukuhan, pengaruh besar negara peringkat globalBURSA Malaysia Bhd semalam memperkenalkan tiga siri indeks perladangan minyak sawit baru untuk meraih peluang daripada pertambahan minat pelabur global terhadap industri minyak sawit Asia.

Indeks berkenan adalah Indeks Perladangan Minyak Sawit FTSE Bursa Malaysia dan Indeks Perladangan Minyak Sawit Asia FTSE Bursa Malaysia yang berasaskan ringgit serta Indeks Perladangan Minyak Sawit Asia FTSE Bursa Malaysia yang berasaskan dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata pengenalan indeks baru berkenaan susulan kekukuhan dan pengaruh besar Malaysia dalam sektor minyak sawit global. "Negara memiliki syarikat perladangan dan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Syarikat berkenaan juga mempamerkan prestasi mantap, khususnya dari segi penguasaan minat pasaran," katanya pada sidang media mengumumkan pengenalan indeks itu di Kuala Lumpur, semalam. Bursa Malaysia kini sudah memiliki dua produk niaga hadapan sawit, iaitu Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) yang berasas ringgit serta Niaga Hadapan Minyak Sawit berasaskan dolar Amerika Syarikat (FUPO).

Syarikat itu kini mengendalikan urus niaga pasaran hadapan minyak sawit paling aktif di dunia dengan purata dagangan lebih 20,000 kontrak sehari. Yusli menjelaskan, urus niaga hadapan MSM bagi April melonjak kepada 442,220 kontrak, jumlah dagangan bulanan tertinggi dalam sejarah, mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 360,870 kontrak yang dicatat pada November 2006.

Selain itu, Bursa Malaysia menerusi dua Indeks Perladangan Minyak Sawit Asia Bursa Malaysia FTSE, antara lain turut menjejaki pergerakan harga saham terbesar syarikat sawit terbesar Asia dari segi permodalan pasaran sebagai antara syarikat komponen utamanya. Syarikat itu adalah Wilmar International Ltd, Golden Agri-Resources Ltd, Indofood Agri Resources, First Resources Ltd dari Singapura serta Astra Agro Lestari, London Sumatra Indonesia dan Sampoerna Agro PT dari Indonesia.

"Tiga indeks baru itu memasukkan syarikat perladangan paling cair dan terbesar di dunia, justeru membolehkan pelabur menjejaki dengan lebih rapat prestasi syarikat tersenarai yang mana sebahagian besar pendapatannya dijana daripada aktiviti berkaitan minyak sawit," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan, pihaknya mendapati nilai indeks baru itu juga berjaya mengatasi prestasi pergerakan penanda aras, Indeks Komposit Bursa Malaysia lebih daripada 39 peratus. Susulan itu, katanya, langkah memperkenalkan tiga indeks baru itu berpotensi mengukuhkan pasaran minyak sawit negara dan menjadi pengantara di antara pasaran derivatif dan tunai, justeru membuka peluang kepada aktiviti melindung nilai dan arbitraj.

Dalam pada itu, Yusli berkata sejajar pelancaran tiga siri indeks baru itu, bursa bercadang untuk memperkenalkan kontrak niaga hadapan dan dana urus niaga bursa (ETF) baru berlandaskan indeks berkenaan. "Berdasarkan indeks ini, kita boleh bekerjasama dengan bank pelaburan dan pengantara lain yang berminat untuk menubuhkan ETF serta satu lagi kontrak niaga hadapan minyak sawit.

"Kita akan mengekalkan kontrak hadapan sedia ada dan kontrak baru itu adalah berlandaskan salah satu daripada tiga indeks itu. Ia bergantung kepada cadangan daripada pengantara pasaran," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers