May 19, 2009

Saham KL ditutup lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan peningkatan semalaman di Wall Street dan kenaikan harga minyak mentah yang memberi rangsangan kepada saham berkaitan perladangan, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 11.48 mata lebih tinggi pada 1,023.49, selepas dibuka 7.03 mata lebih kukuh pada 1,023.36 pada pagi. IK mencatatkan paras tertinggi harian pada 1,027.38 dan rendah pada 1,017.53.

Ketua penyelidikan Jupiter Securities, Pong Teng Siew, berkata pada tengah hari, aktiviti belian menular ke saham lain seperti perbankan, pengeluar sarung tangan, minyak dan gas, serta pembinaan. "Bagaimanapun saya berasakan kita akan menyaksikan beberapa penjualan esok. "Trend sejak dua minggu lepas menunjukkan kegiatan mencari untung berlaku berselang hari," katanya.

Beliau berkata trend berkenaan akan kekal sepanjang minggu dan IK dijangka bergerak dalam paras sokongan 980-990 dan paras halangan 1,030-1,070. Semasa ditutup, Indeks Kewangan naik 79.45 mata pada 8,035.47, Indeks Perusahaan menokok 11.12 mata kepada 2,268.38 dan Indeks Perladangan meningkat 104.33 mata kepada 5,145.84.

FBMEmas naik 90.29 mata pada 6,819.27, FBM30 menambah sebanyak 69.02 mata kepada 6,538.68, FBM2BRD meningkat 102.85 mata kepada 4,573.5 manakala FBM-MDQ menokok 137.81 mata kepada 4,057.33. Saham untung mengatasi rugi pada 544 berbanding 157 manakala 155 kaunter tidak berubah, 404 tidak didagangkan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.754 bilion saham bernilai RM1.599 bilion daripada 1.697 bilion saham bernilai RM1.319 bilion pada Isnin. Antara saham aktif, TA-WB susut satu sen kepada enam sen, KNM menokok tujuh sen kepada 81 sen, SAAG menambah tiga sen kepada 36.5 sen, dan Scomi naik 7.5 sen kepada 72 sen.

Saham paling untung untuk hari ini termasuk Concrete Engineering Products yang naik 60 sen kepada RM3.30, TopGlove menambah 35 sen kepada RM6.10 dan Panasonic Manufacturing Malaysia meningkat 30 sen kepada RM11.20.

Bagi saham wajaran tinggi, saham berkaitan perladangan Sime Darby naik lima sen pada RM6.70, IOI Corp menambah 12 sen kepada RM4.48, Kuala Lumpur Kepong menokok 20 sen kepada RM11.30, manakala Kulim dan Asiatic melonjak 15 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.05 dan RM5.20.

Saham kewangan Maybank naik sembilan sen kepada RM5.05, Bumiputra-Commerce menambah 15 sen kepada RM8.90, Public Bank kekal pada RM8.45, manakala Bursa Malaysia untung 25 sen kepada RM7.05.

Jumlah dagangan di Papan Utama naik kepada 1.504 bilion saham bernilai RM1.532 bilion daripada 1.48 bilion saham bernilai RM1.263 bilion semalam. Jumlah dagangan di Papan Kedua pula melonjak kepada 108.772 juta unit bernilai RM38.522 juta berbanding 83.136 juta unit bernilai RM29.787 juta sebelumnya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers