May 20, 2009

AFTA: Malaysia ketinggalan

KUALA LUMPUR 19 Mei - Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) merupakan pasaran serantau sedang muncul dengan potensi besar bagi pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Mustafa Mansur.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa pasaran serantau ini telah membantu Malaysia untuk mengurangkan kesan buruk dari impak kegawatan ekonomi antarabangsa sekarang ini, beliau menambah, para pengeksport Malaysia masih ketinggalan dari segi penguasaan pasaran dalam rantau ini.

"Jika kita kekal berpuas hati dengan apa yang ada, kita pasti akan ketinggalan berbanding rakan-rakan kita seperti Thailand, Singapura dan sehinggakan Filipina dengan pasaran serantau ini mewakili bilangan penduduk lebih daripada setengah bilion orang

"Di pihak kerajaan, perlu ada sedikit keazaman politik untuk membantu IKS dan PKS tempatan untuk meningkatkan daya saing serta meningkatkan penguasaan pasaran dalam AFTA.
Mereka perlu berubah jika tidak mahu ketinggalan dalam pasaran ini," katanya.

Adalah dianggarkan bahawa nilai perdagangan Malaysia dalam AFTA mewakili antara 20 hingga 30 peratus daripada jumlah perdagangan.

Mustafa berkata, memandangkan kemunculan lebih banyak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), adalah penting para pengeksport Malaysia berada pada kedudukan setanding dengan pesaing mereka jika mereka mahu menembusi pasaran baru itu.

Pasaran matang seperti Eropah dan Amerika Utara lebih sukar untuk ditembusi kerana mereka mengambil berat akan isu-isu seperti kenaikan suhu global, sumber lestari, bahan berbahaya, kebersihan, gaji yang adil dan hak asasi manusia.

"Di sini, di negara kita banyak daripada PKS dan IKS tidak mengambil berat akan isu di atas," katanya, sambil menyatakan sikap itu akan mengekang potensi eksport mereka di masa depan.
Kerajaan harus mencetuskan satu anjakan paradigma berhubung hal ini bermula dengan syarat ketat yang dikenakan terhadap pemerolehan berhubung dengan alam sekitar, sumber lestari dan manfaat kepada rakyat dan negara, katanya.

Walaupun halangan bukan tarif masih wujud dalam AFTA, beliau berkata negara seperti Thailand telah berjaya mengembangkan dengan jayanya penguasaan mereka dalam AFTA.
"Lihatlah pelbagai barang makanan dan produk buatan Thailand di rak-rak pasar raya kita," katanya, yang menunjukkan potensi AFTA dan penguasaan produk Thai di Asia. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers