Oleh Kamarulzaidi Kamis dan Magendran Gopal bhbiz@bharian.com.my
Firma tempatan digalak ceburi pengeluaran komponen, alat ganti TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP) antara lain akan menambah baik garis panduan, dasar dan insentif sektor automotif sedia ada dengan mengambil kira kesan persekitaran semasa ekonomi serantau dan global.
Beliau berkata, semakan itu yang dijangka siap September dengan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai persatuan industri, kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, juga akan menumpukan kepada usaha merangsang kegiatan pengeluaran komponen dan alat ganti di dalam negara.
"Semakan semula itu akan menyediakan pelan cadangan bagi industri automotif di Malaysia, untuk memudahkan mereka memajukan pelan jangka sederhana dan panjang masing-masing. "Ia akan menambah baik garis panduan, dasar dan insentif sedia ada dengan mengambil kira kesan keadaan ekonomi global, persekitaran pembangunan serta banyak faktor lain yang memberi kesan kepada pembangunan industri automotif tempatan," katanya berucap pada Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua Kuala Lumpur, semalam.
Muhyiddin berkata, semakan dasar itu berpotensi merangsang pertumbuhan dan pelaburan industri kenderaan tempatan yang menerima kesan daripada kegawatan ekonomi global.
"Industri automotif Malaysia perlu dirangsang dan dijana pertumbuhannya. Ia tidak boleh terus bergantung kepada perlindungan kerajaan bagi tempoh terlalu lama.
"Industri ini juga perlu memberi tumpuan kepada operasi dan pengurusan kos lebih cekap, meningkatkan produktiviti dan jualan menerusi strategi pemasaran yang lebih inovatif," katanya. Muhyiddin menggesa syarikat automotif tempatan melabur bagi membangunkan teknologi hijau bagi kenderaan masa depan untuk memajukan lagi industri automotif negara. Katanya, pembangunan produk baru industri adalah penting untuk meningkatkan agihan pasaran dengan meningkatkan jualan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Kamaruddin Ismail, berkata Malaysia kini berdepan persaingan sengit bagi merebut pelaburan khususnya dari negara jiran Thailand.
Thailand yang dianggap sebagai 'Detroit Timur' kini menjadi antara pusat kenderaan utama global dengan menawarkan pelbagai insentif cukai dan menghapuskan halangan pemilikan ke atas kilang dan anak syarikat oleh pelabur asing.
"Kami sedang membentuk dasar yang tidak akan menyebabkan Malaysia terus ketinggalan. Kita tidak melaksanakan dasar perlindungan untuk selama-lamanya. Kita komited untuk membuka sektor automotif khususnya di bawah Afta (Perjanjian Perdagangan Bebas Asean)," katanya.
May 27, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com